Social Icons

Monday 2 June 2014

UMAT ISLAM MERAGUI JAKIM





JAKIM sudah menghalalkan coklat cadbury yang didakwanya tiada mengandungi DNA babi. Sebagai umat islam saya rasa terpanggil untuk menyeru seluruh orang Islam (kecuali orang melayu) agar menjauhi cadbury.

Cadbury yang didakwa halal adalah cadbury yang sebelum ini disahkan mengandugi babi. Berdasarkan maklumat seperti di bawah...

1. Babi dikesan pada 27 feb 2014

2. Sehingga 22 mei ia didiamkan tanpa apa2 perkhabaran dari JAKIM dan KKM.

3. Sehinggalah ia leak di public barulah terhegeh2 KKM dan JAKIM bertindak.

Sebelum itu. Dari 27 feb sampailah ke 22 mei. Apa yang dorang semua buat? Siapa tahu jawapannya? Aku pun tatau.

Berdasarkan maklumat itu jelaslah JAKIM cuba menyembunyikan kewujudan DNA babi sejak awal lagi. JAKIM tidak pernah membuat sebarang kenyataan tentang kewujudan DNA babi tersebut kepada umum sehingga maklumat itu dibocorkan.


Seorang individu yang tidak dikenali mendedahkan bahawa Jakim akan mengubah maklumat siasatan asal untuk memastikan Cadbury tidak terjejas. Berita ini telahpun saya siarkan kepada umum pada 31. 5.2014


Berdasarkan sikap awal JAKIM terhadap isu ini, ternyata mereka gagal menyempurnakan tanggungjawab terhadap umat islam. Sepatutnya mereka mendedahkan perkara itu sebaik sahaja keputusan ujian diperoleh.

Kini JAKIM mengisytiharkan bahawa cadbury tiada DNA babi. Bolehkah kita mempercayai JAKIM??? setelah apa yang mereka lakukan sebelum ini?

Rasanya tidak boleh... Langsung tidak boleh.

Kita kena ingat bahawa negara ini bernama Malaysia atau negara melayu. Demi melayu mereka sanggup buat apa sahaja.

Oleh itu kita biarkan sahajalah orang melayu yang makan coklat cadbury itu. Orang Islam jangan makan. Banyak lagi coklat yang boleh kita makan.



kalau nak makan juga... terpulanglah!!!

Nak Copy Boleh, bagi la kredit sikit yer.!! : http://sehinggit.blogspot.com/2014/06/orang-islam-wajib-
Follow us: SehinggitMedia on Facebook

Wanita Tertekan Sebaran Gambar Maksiat oleh Bekas Teman Lelaki.


Malu dapat. Aib pun dapat. Sakit hati jangan cakap la. Sedih lagi. Dengan family lagi. Adik beradik lagi. Sedara mara lagi. Kawan2 lagi. Silap2 hari bulan boleh jadi kes bunuh diri kalau provokasi demi provokasi dilakukan terhadap gadis ini. 


Ini la masalahnya. Ikutkan kata ahti, akhirnya badan yang merana. Ikutkan nafsu, lepas dah putus cinta habis segala bagai rahsia terbongkar.. aduhai.. ketika ini di laman2 sosial tengah berbicara isu gadis bernama Fatihah. Siapa dia neh? Malas la aku nak share gambar dia. Dia neh pun sedang trauma. Tak pasal2 jadi mangsa. Yelah, yelah aku bukan nak bekap bab maksiat tue. Tolong la faham sama. Tapi aku cakap dia neh pun mangsa keadaan juga beb. Cuba bagi ruang sikit. 

Ikut dari cerita dia kat bawah neh, kes neh berpunca dari boifren dia neh hah..

Lihat laporan polis neh beb ;


Kena ugut bunuh. Bersama setiap hari. Malang betul dapat kenal lelaki gila. Lepas tue lelaki gila tue buat hal. Apa yang lelaki ini buat beb?

1. Bercinta dengan wanita bernama Fatihah.

2. Tatau la jadi apa kan, tetiba je lelaki neh create account facebook. Then upload gambar2 dia dengan gambar2 fatihah. Yang jadi citer tue, gambar2 dia sedang beromen pun ada. Tatau la sebelum ke selepas ke apa ke. Yang pasti gambar2 tak elok tue pun dia pergi sebarkan sekali.

3. Sah2la nak bagitau bahawa dia dah tidur dengan perempuan tue. So dia taknak la mana2 lelaki mendekati perempuan tue lagi. Nak calarkan maruah perempuan tue le konon nya..

4. Then menyamar sebagai Fatihah. Komen bukan2. Aku nak letak gak komen2 tue kat sini, tapi masalah nya komen2 tue di attachkan sekali dengan gambar maksiat.. tak jadi aku nak letak weh. Cuma dalam komen2 tue ada la yang dia neh cabar jabatan agama untuk tahan dan hukum mereka berdua.. dan dia kutuk JDT sekali. Haha.. macam celake. Tetiba JDT plak jadi mangsa.

5. Mungkin ini berpunca dari perhubungan dorang yang dah putus.. aku check2 juga fb yang ex dia create tue.. fuhhh start dari tahun lepas lagi dah ada. Kalau nak di ikutkan, gambar tue citer gambar tahun lepas. Yang dia uploadkan tue.. fulamakk.. jangan2 memang dia lama upload di facebook dan set privacy. Hanya dia je boleh tengok ke apa ke.. then bila dah putus, dia set kepada public pula. So sekarang semua orang boleh tengok. Memang gile laki neh.

Aku bukan nak bekap perempuan neh. Aku tengok kes Fatihah neh boleh dijadikan pengajaran kepada perempuan2 di luar sana. Lainkali jangan sesekali buat maksiat kawan2. Sorok2 pun jangan. Apatah lagi terang terangan. Sekali dapat boifren gile meroyan macam kes Fatihah neh mana nak letak muka? Mak bapak pula macam mana? Sedih mereka tahu tak. Sedih2 Fatihah, sedih lagi family dia. Lebih2 lagi mak dia. Mungkin Fatihah rasa ahh aku yang paling malu di dunia neh tapi sebenarnya mak yang melahirkan itu yang rasa lebih malu..  mohon sangat Fatihah minta maaf pada ibu sendiri..  dengar citer, kes neh akan dibawa ke mahkamah. Saman malu gamaknya kepada keluarga lelaki yang buat onar neh..

Dan kepada Fatihah pula. Jadikan ini pengajaran. Tapi ini bukan penamat kehidupan. Kalau ikut aku, aku nya pemikiran simple jek. Benda dah jadi kan. Ko taubat sudah. Dan teruskan hidup macam biasa. Orang nak kata biar depa kata sebab orang ada mulut ma. Lama kelamaan orang akan berhenti mengata dan mengata orang lain pula sebab story baru masuk setiap hari ma. Kes ko akan hilang dan tutup begitu saja. So ko jangan risau. Cuma ko kena tabahkan ahti ko bilamana ko keluar rumah, orang mungkin akan pandang semacam. Lelaki2 gatal mungkin akan mendekati ko dan mula la bagi ayat mengedik. Nak test la apa la. Dan anggap ko macam pelacur. Tapi still ko kena tabahkan ahti ko. Kuatkan semangat. Jika ko ada keinginan untuk berubah, bertaubat, insya-Allah ruang dan peluang untuk ko sentiasa ada. Janji ko ada keinginan nak menjadi semakin baik. Cuma ko kena bersabar sedikit la dalam masa terdekat neh.. sebab isu neh masih baru lagi kan. Itu je la nasihat yang aku boleh bagi. Dan ingat, jangan sesekali ulangi benda macam neh dengan mana2 lelaki kecuali suami kamu yang sah, Fatihah. Ingat tue..    -Kredit:ohbah.net

Khir Baharum dan Pegawai Jakim akan adakan Upacara Makan Cadbury.

Pegawai JAKIM sedia makan coklat Cadbury untuk buktikan halal
Pensijilan halal diberikan selepas semua prosedur dan standard dipatuhi 
 
 
Bagi membuktikan status halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terhadap coklat Cadbury benar-benar meyakinkan, pegawai jabatan itu sedia pada bila-bila masa untuk membuat demonstrasi memakan coklat tersebut.

Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal JAKIM, Mohd Amri Abdullah berkata pihaknya berpegang kepada keputusan yang telah mereka keluarkan dan tidak ada masalah untuk pihaknya membuktikan kepada orang ramai bahawa coklat Cadbury adalah halal.

Mohd Amri berkata, proses memberikan status halal kepada sesuatu produk dibuat setelah prosedur dan standard yang ditetapkan ditepati.

"Sebagaimana yang disebutkan bahawa status Cadbury yang diputuskan adalah halal. Kalau diminta kami makan coklat Cadbury kami yakin bahawa apa yang diberikan status pensijilan itu adalah halal sepenuhnya.

"Dalam hal ini, ia memerlukan keyakinan yang begitu utuh, yang begitu kuat untuk menentukan konsep halal.

"Kalau di pihak pengguna jika adanya was-was, adanya keraguan yang melampau, lebih baik tinggalkan," katanya ketika kepada Astro AWANI menerusi AWANI745 malam tadi.

Mohd Amri berkata keputusan yang dibuat oleh Jakim terhadap coklat Cadbury itu adalah sama dengan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia.

Katanya, ini bermakna JAKIM membuat keputusan berdasarkan apa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kimia dan prosedur lain yang perlu dipatuhi.

"Untuk keputusan pensijilan halal ini, pihak JAKIM hanya menggunakan makmal jabatan kimia yang dibenarkan sahaja.

"Standard dan prosedur yang JAKIM gunakan untuk memberikan pensijilan halal ini adalah sama dengan apa yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya.

Beliau juga menafikan keputusan yang dibuat JAKIM pada Isnin merupakan satu tindakan membuat pusingan U sepertimana yang didakwa sesetengah pihak.

Selain itu Mohd Amri masyarakat juga perlu faham bahawa semua perkara berkaitan pensijilan halal perlu dirujuk kepada JAKIM iaitu pihak yang diberi kuasa dalam bidang itu.

"JAKIM diibaratkan sebagai imam, pengguna adalah sebagai makmum, perlu mengikut apa yang ditentukan JAKIM dalam soal halal atau haram ini."

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan adanya DNA babi (porcine) dalam dua produk coklat susu Cadbury Dairy Milk.

Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis DNA babi (porcine) bagi tujuan pemantauan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Isnin bagaimanapun mengumumkan tiada DNA babi dikesan dalam dua produk coklat Cadbury berkenaan. Pengumuman dibuat selepas ujian dijalankan oleh Jabatan Kimia ke atas sampel yang diambil dari kilang.

Namun pengumuman yang dibuat oleh Jamil Khir itu masih menimbulkan was-was di kalangan pengguna berkenaan status coklat Cadbury.


Kenapa Deepak dapat 32juta dari Bank Rakyat?

Bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mempersoalkan polisi Bank Rakyat membenarkan peniaga permaidani Deepak Jaikishan membayar pinjaman RM32 jutanya tanpa faedah, mengatakan ianya bukan amalan biasa perbankan.
Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, peniaga Bumiputera juga tidak mendapat perjanjian istimewa seperti itu apabila membuat pinjaman dengan bank kerajaan, walaupun Putrajaya mempunyai polisi perniagaan pro-Bumiputera.
Tengku-Razaleigh-Hamzah“Melihat kepada fasiliti kewangan yang diperdebatkan dalam kes ini, saya tidak fikir ianya betul,” kata pemimpin veteran Umno itu yang menjadi menteri kewangan dari 1976 hingga 1984 dipetik The Malaysian Insider.
Tengku Razaleigh turut mempersoalkan polisi kerajaan mana diikuti Bank Rakyat apabila memberikan kemudahan kepada pelanggan seperti Deepak.
“Di bawah polisi kerajaan yang mana diikuti bank apabila memberikan fasiliti seperti itu di atas permintaan pelanggan?
“Apakah polisi Bumiputera? Dia bukan Bumiputera,” katanya merujuk kepada laporan Bank Rakyat, bersetuju membenarkan ahli perniagaan kontroversi Deepak untuk menyelesaikan pinjaman RM32 jutanya tanpa sebarang faedah.
Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik mendedahkan kepada The Malaysian Insider minggu lepas Deepak menggunakan pengaruh politiknya untuk menyelesaikan pinjamannya dengan campur tangan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.
Bank milik kerajaan itu tidak berada di bawah seliaan Bank Negara dan tidak termaktub kepada undang-undang perbankan negara.
Sabbaruddin mengatakan pada mulanya, ahli lembaga pengarah sudah menolak tawaran Deepak untuk menyelesaikan hutang tertunggaknya.
Deepak dikatakan menawarkan penyelesaian mudah bagi menyelesaikan baki pinjamannya dengan tempoh bayaran selama 10 tahun melalui 120 keping cek “post dated”.
Sabbaruddin mengatakan selepas keputusan lembaga pengarah bank itu, Hasan tidak gembira dan enggan menandatangani kontraknya sebagai pengerusi bank yang berakhir pada 8 April.
Sabbaruddin juga mendakwa, menteri itu bertemu dengan Deepak tanpa pengetahuan Bank Rakyat pada Januari.
Selepas pendedahan Sabbaruddin, Bank Rakyat dalam satu kenyataan mengatakan elemen faedah tidak timbul dalam mekanisme kewangan Islam.
Bank Rakyat bagaimanapun tidak menafikan tuduhan Sabbaruddin.
Beberapa hari lalu, Hasan memberitahu The Malaysian Insider, semuanya dilakukan mengikut prosedur.
Beliau turut mencabar mana-mana pihak membuktikan dirinya melakukan kesalahan kerana meyakinkan Bank Rakyat untuk memberikan kemudahan pembayaran pinjaman tersebut kepada Deepak.
Sehingga kini, Deepak masih belum memberikan respon kepada dakwaan Sabbaruddin.
 

Penyanyi Tegar di Tipu

CERITA sedih mengenai penyanyi ini terus mendapat liputan meluas media Malaysia dan negaranya sendiri. Bayangkan ditipu hasil titik peluhnya, ternyata tanpa ilmu Tegar akan terus menjadi mangsa penipuan.
Sehingga kini penyanyi ini masih lagi sibuk dengan acara harian sebagai penyanyi kalau ikutkan dia sudah setaraf dengan penyanyi popular Indonesia yang lain. Memandangkan ada guru yang akan mengajar penyanyi ini di rumah jadi jadual pembelajaran itu akan disesuaikan dengan jadual kerjanya.
Akui suka belajar, jelas Tegar atau nama sebenarnya Tegar Septian, 13, dia juga perlu faham akan pekerjaannya ini memerlukan pengorbanan. Menjadi tunjang utama rezeki buat keluarganya, bukan sedikit beban yang digalas penyanyi ini.
“Buat masa ini saya masih menyalurkan wang buat ibu saya. Jadi wang itu dibahagikan buat adik-adik saya yang lain. Saya juga turut memberikan sebidang tanah sawah buat ayah (tiri) saya supaya dia boleh usahakan," katanya.
Kalau diikutkan kisah hidup Tegar ini tidak banyak beza dengan sinetron popular di Indonesia. Bermula dengan kemiskinan dan dihadiahkan kemewahan sekelip mata, tentunya ramai yang mahu menunggu kesudahan penyanyi ini kelak.
Hampir tiga tahun mengumpul harta, seperti dijangka ramai pihak dia kini menjadi mangsa penipuan. Bagaimanapun berada di bawah pihak pengurusan baharu, masih ada yang ragu-ragu dengan ketulusan yang dipamerkan.
“Ini pengurusan baharu saya, mengikut perjanjian 50 peratus hasil kerja saya akan diberikan kepada keluarga. Dan selebihnya buat saya. Setakat ini saya sudah mempunyai dua motosikal ekstrem serta tiga buah gitar yang sudah lama saya idamkan," katanya.
Masih dalam fasa yang sukar berbicara, tidak dinafikan dengan umur yang muda, Tegar sehingga kini masih bergantung harap dengan orang dewasa. Jujurnya dengan umur semuda dia, peratusan untuk penyanyi ini terus digunakan itu masih tinggi. Menjelaskan perkara berbangkit ini Arif Dollah sebagai pengurus baharu dia mahu jalankan tanggungjawab sebaik mungkin.
“Pertama kali mengetahui kisah Tegar, saya terus ambil keputusan untuk membantunya. Apa yang saya utamakan kini adalah ilmu, sebab itu saya sedaya upaya mengajar dia Bahasa Inggeris. Soal lain pula adalah keluarga Tegar sendiri. Memang sejak dahulu lagi dia menjelaskan kepada saya punca utama dia sanggup bekerja adalah kerana keluarga," katanya.
Melihat perubahan hidup Tegar kini, Arif tidak menafikan perlu ada kata terima kasih buat mereka yang memulakan kerjayanya ini dahulu.
“Kami tidak salahkan pengurusan sebelum ini 100 peratus, tetapi perlu diketahui ada hak Tegar yang perlu mereka kembalikan.
“Buat masa ini Tegar tidak terlalu terganggu dengan soal itu, selagi dia mampu berikan segalanya buat keluarga tersayang, saya fikir dia puas," katanya.
Sebelum itu Tegar hadir ke negara ini untuk majlis pelancaran album keduanya berjudul Ke Mana Kasih Sayang. Masih terdapat elemen jalanan di dalam video klip terbaharunya jelas Tegar, bukan niatnya untuk terus mempergunakan suasana jalanan tersebut.
“Album kedua ini kisahnya lebih jelas, mengenai kehidupan saya kini.
“Tentang video klip itu pula kalau dilihat betul-betul ada perbezaan. Bukan kisah di jalanan sahaja," kata Tegar.

 
Blogger Templates