Social Icons

Friday 27 June 2014

Hutan Dimalaysia Ada Kawasan Untuk Berbogel ?

nude-l24-Jun-650x3501-650x350


Kuala Lumpur – Persatuan Karyawan Malaysia mengesa kerajaan menggantung lesen syarikat tempatan yang membawa masuk kru penggambaran rancangan bogel ke negara ini.
Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana ia membabitkan sensitiviti rakyat Malaysia.

Katanya, siasatan mengenai perkara itu perlu diserahkan kepada Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang ketika ini sedang menyiasat kes berkenaan.
“Puspal ada peraturan yang tertentu untuk menapis program sebegini tetapi mungkin ketika permohonan dibuat, pihak yang memohon tidak menyatakan secara jelas perincian penggambaran itu.

“Jadi saya fikir tindakan tegas harus diambil terhadap syarikat yang memohon dan menggantung lesen mereka,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Pos
 
Blogger Templates