Social Icons

Tuesday 17 June 2014

PAKAIAN TIDAK SOPAN PENYANYI KELANTAN DIDENDA.

Penyanyi dikir barat popular Kelantan, Rosalinda didenda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas mengaku bersalah berkelakuan tidak sopan ketika mengadakan persembahan nyanyian di Tapak Ekspo di Padang Perumahan Felda Aring 6, di sini, bulan lalu.

Rosalinda atau nama sebenarnya, Syahima Edayu Akma Mohd. Alwi, 23, dituduh melakukan perbuatan tidak sopan dengan menari di khalayak ramai dengan berpakaian terdedah dan mengghairahkan pada kira-kira pukul 11.50 malam, 7 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 5 (1) Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan, No. 2/85 yang memperuntukkan denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, Rosalinda merayu hukuman penjara dikecualikan kerana dia baharu sahaja kematian suami pada 31 Mei lalu dan terpaksa menyara seorang anak perempuan berumur 5 tahun.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang, Zubaidi Sulaiman bersetuju dan memutuskan tertuduh didenda RM1,000 kerana ini merupakan pertuduhan pertama dan ingin memberi peluang supaya tertuduh berubah

KOS SERVIS DAN PENYELENGARAAN KERETA KERAJAAN MELAMAPU TINGGI.

Pengisian minyak, gantian cermin gelap dan penukaran tayar berulang dalam tempoh singkat, antara elemen dikesan Jabatan Audit Negara terhadap kenderaan diselenggarakan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) serta Pejabat Tanah Galian (PTG) Johor.

Penemuan itu antara pendedahan dibuat menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2, ketika menegur kos penyelenggaraan kenderaan di bawah SUK dan PTG Johor yang disifatkan sebagai tinggi.

Kos penyenggaraan itu dikesan melebihi antara 50 hingga 141 peratus bagi tempoh tiga tahun, berbanding kos asal perolehan menunjukkan perbelanjaan yang sudah tidak ekonomik bagi kenderaan berkenaan.

Audit juga mendapati kedua-dua pejabat terbabit lemah dalam pemantauan, pengurusan rekod tidak dikemaskini dan perbelanjaan penyenggaraan kenderaan yang berulang pada jarak masa yang singkat.

Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 mendedahkan, dalam tempoh antara tahun 2011 hingga 2013, SUK dan PTG membelanjakan RM3.82 juta bagi penyenggaraan kenderaan.

SUK membelanjakan RM2.78 juta bagi penyenggaraan 81 kenderaan pelbagai jenis, manakala PTG membelanjakan RM1.04 juta bagi penyenggaraan 23 kenderaan.

Servis ringkas
Penyenggaraan meliputi servis ringkas dan penting, membaiki atau menukar alat ganti mengikut kerosakan itu, meliputi kos antara 59 peratus hingga 141 peratus bagi PTG dan 39 peratus hingga 95 peratus bagi Pejabat SUK.

Audit terhadap sampel baucar bayaran untuk kenderaan mendapati RM122,804 atau 15 peratus daripada perbelanjaan membabitkan penyenggaraan pencegahan, manakala RM570,797 atau 70 peratus untuk pemulihan.

Selain itu, audit mendapati pejabat SUK (Pengurusan) membelanjakan RM118,686 bagi tujuan penukaran sport rim, tempat duduk kulit, mengecat kereta, menukar bampar, pembelian pemain cakera padat (CD) dan cakera padat video (VCD) dan aksesori lain.

Selain itu ada 35 kes kad inden minyak yang sama, digunakan bagi mengisi bahan api dalam tempoh yang singkat iaitu dalam jarak masa antara satu hingga 94 minit di bawah SUK, membabitkan jumlah perolehan RM8,937 dan tujuh kes antara 2 hingga 36 minit di PTG membabitkan nilai RM1,161.

Semakan audit mendapati pejabat SUK menukar cermin gelap berulang bagi empat kenderaan sama antara tahun 2011 hingga Jun 2013 bernilai RM14,240, selain kerap mengganti tayar bagi enam kenderaan bagi tempoh sama antara satu hingga 12 bulan berjumlah RM49,440.

Penukaran tayar

Bengkel panel swasta yang dilantik, dikatakan memaklumkan penukaran tayar bagi kenderaan perlu dibuat apabila jarak perjalanan mencapai odometer antara 30,000 km hingga 50,000 km.

Bagaimanapun, pihak audit tidak dapat menjalankan analisis kekerapan penggantian tayar berbanding jarak perjalanan, berikutan bacaan odometer kenderaan di buku log atau invois tidak dikemas kini.

SELEPAS CABAR TUHAN MEREKA HANCUR BERKECAI

<a href='http://d.href.asia/nw/d/ck.php?n=a33af38f&cb=INSERT_RANDOM_NUMBER_HERE' target='_blank'><img src='http://d.href.asia/nw/d/avw.php?zoneid=10724&cb=INSERT_RANDOM_NUMBER_HERE&n=a33af38f' border='0' alt='' /></a>
WAHAI hamba Allah, janganlah kamu mencabar TUHANmu!!
Berita : Sep 18 Wed 11:31 **
SANI MOHD NOOH: *Ini suatu kisah benar~ (kejadian di tmpt saya- johor. Tmpt & nama2 terlibat x perlulah ditulis di sini..)
Penangan mencabar Allah !
Sepasang couple, dinasihat oleh kluarga & kwn2 agar jgn suka buat maksiat.. Semua nasihat hanya dibalas dgn kata2 perli oleh mrk berdua..
Nak jd cerita smlm.. Terluncur kata2 dari mrk brdua, “Kalau Tuhan berani , meh kita jumpa.. Tgk sapa lg kuat ! ” Sambil ketawa. Kedua2nya gelak..
Kira2 jam 11.30 mlm (tanggal 16 sept 2013), mrk brdua berkenderaankn motosikal memecut laju di highway tepi kg kami. Tiba2 brdentum bunyi accident. Kedua2 pasangn itu terpelusok didpti terpelosok ke bwh lori 16 tayar.
Menurut saksi, mrk cuba memotong tp ada kereta brgerak perlahan d dpn, lalu terbabas ke lori semula, x dpt dielak lg..
Apa yg trjd kpd mrk?
Kedua2nya digelek hancur oleh lori yg sarat dgn muatannya itu..
Menurut saksi , tidak ada satu bhgn dari bdn kedua2 yg tidak hancur. Yg dpt dicam hanya 4 batang tulang (kaki) yg dagingnya telah tiada lgsung, bagai dikikis habis..
Bomba yg mengutip mayat2 itu hanya dpt mengutip sisa2 itu dgn penyodok shj. Oleh krn mayat2, mati berasingn, maka dpt la diasingkn jgk antara keduanya..
Di hospital, kedua2 mayat dimandikan dlm tapis, bagai membasuh daging cincang ( daging tetel ?), tiada jln lain.
Mayat itu kmdian dikafan bagai mengulung ‘kueh popia’ & dikerandakn. Kpd keluarga msg2 dipesan spya jgn dibuka lg keranda itu..
Maka siang td (17 sept 2013), telah ditanam hamba2 Allah yg sombong itu.. Hamba2 yg begitu berani mencabar Allah !
Apakah nasib mrk mlm ini wahai kawan2 ku !?
*Wahai saudara2 ku, wahai hamba2 Allah, ambillah pengajaran dari kejadian ini..(!)

SAYU SEORANG SUAMI-KUTIP CEBISAN MAYAT ISTERI YANG KEMALANGAN.


Cheras – Kuala Lumpur: Pagi Selasa Berlaku Satu Kemalangan Ngeri Melibatkan Sepasang Suami Isteri Muhammad Hafiz Ab Rahmn, 28, menghantar isterinya, Norsha Ahmad,35 ke tempat kerja di Taman Shamelinyang dari rumah mereka di Baju 9 Cheras.
Dalam keadaan yang sempit disebab oleh pembinaan MRT, motosikal yang dibawa mereka cuba mengelak sebuah kereta mewah yang melalui jalannya itu lalu hilang kawalan dan terjatuh.
Malangnya bagi pasangan tersebut apabila ada sebuah lori sarat dengan pasir mengekori mereka dari belakang terus menggilis si isteri. Manakala si suami pula telah selamat kerana dia berada di tengah-tengah ruang antara tayar lori terbabit. 
Dalam keadaan terkejut, tergamam, dia mendapatkan isterinya yang terbaring di atas jalan tidak bernyawa lagi dan keadaan fizikal yang sangat menyayat hati.
Melihat keadaan isterinya dalam kedaan begitu lantas beliau membuka baju bagi menutup mayat isterinya. Orang ramai kemudiannya memberikan sehelai lagi baju untuk menutup mayat tersebut.
Bagi anggota trafik bertugas, melihat kecekalan dan tabahnya Muhammad Hafiz apabila sama-sama mengumpulkan cebisan mayat isterinya dan membantu mencuci jalan kesan dari kemalangan ini.
Menyedihkan lagi, pasangan ini mempunyai seoarang anak lelaki yang baru berusia 6 bulan, Muhammad Adam Mishary. 
Muhammad Hafiz merupakan pelajar pengajian Islam di sebuah madrasah di Sri Petaling, manakala arwah isterinya merupakan pekerja sebuah kilang roti di Taman Shamelin. - SiakapKeli.com









6 KELEBIHAN MANDI LEPAS SUBUH


Antara kebaikan mandi sebelum subuh ialah:

1) Kulit lebih lembut dan halus

Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2) Melancarkan peredaran darah

Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3) Meningkatkan kesuburan

Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4) Mengurangkan risiko darah tinggi

Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5) Mengurangkan tekanan serta tenang

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6) Meningkatkan sel darah putih

Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

* Semoga bermanfaat untuk dikongsikan.

PUNCA SEBENAR KES BUNUH DIMSU SHAH ALAM.


Penuntut di sebuah IPTS terkenal di Seksyen 13, Shah Alam gempar dengan penemuan mayat mangsa bunuh di dalam kawasan universiti mereka, semalam.

Mangsa dipercayai pekerja tukang bersih warga Pakistan, Muhammad Uzair, 25, ditemui di tingkat 8, bangunan Science Tower, Management and Science University (MSU) sekitar jam 3.30 petang.

Si mati dibunuh oleh rakan serumahnya yang juga bekerja di situ semata-mata kerana perselisihan faham berkaitan giliran memasak di rumah kongsi.

Kejadian ini menimbulkan kekecohan dalam kalangan penuntut dan hangat diperkatakan di laman sosial termasuk Twitter.


Berikut adalah fakta kes pembunuhan tersebut:

Tarikh : 16/6/2014
Sek : 302 kk

Fakta kes:
Pada 16/6/2014 jam l/kurang 1545 hrs maklumat mengatakan di tingkat 8 blok akademi MSU seksyen 13 shah alam ada (1)(L) w/negara pakistan tidak sedarkan diri dan serta dalam berlumuran darah.
Hasil siasatan awal:-

Tempat kejadian merupakan bilik AHU di tingkat 8 bangunan MSU seksyen 13 shah alam. Mangsa (simati) adalah (1)(L) w/negara pakistan

Mula berkerja dari SEPT 2013. Mangsa dengan saspek telah berlaku perselisihan faham akibat giliran memasak di rumah kongsi mereka. Tetapi telah di damai kan oleh supervisornya. Pada hari ini jam l/kurang 1535hrs supervisor tlh menghubungi pihak atasan dan memberitahu terjumpa mangsa yg telah mati. Apabila disiasat di percayai mangsa telah dibunuh oleh saspek iaitu (1)(L) w/negara pakistan :
Siasatan masih di teruskan. -

Singkirkan YTL Dari TNB


Kesemua empat kesatuan pekerja Tenaga Nasional Bhd (TNB) bergabung dalam satu demonstrasi hari ini bagi menggesa kerajaan menamatkan pertalian dengan konglomerat YTL Corp.

Kesatuan dianggotai 35,000 orang itu menggesa agar TNB tidak memperbaharui perjanjian pembelian tenaga dengan YTL apabila ia tamat pada 2015, kerana firma itu didakwa masuk campur dan mendapat keuntungan besar dari sektor tenaga penting negara.

Mereka turut menuntut agar TNB menghentikan kerjasama dengan YTL Power untuk projek Track 4A – satu cadangan baru untuk loji tenaga di Johor, yang baru dianugerahkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

“Pastikan YTL tidak diberikan apa-apa projek janakuasa tenaga atau elektrik di negara ini," kata presiden Kesatuan Pegawai Rendah TNB (TNBJOU), Mohd Roszeli Majid kepada pemberita di luar ibu pejabat TNB Kuala Lumpur hari ini.

“Kami ada pengalaman buruk dengan mereka. Sekali tersengat, selalu beringat," katanya yang menambah, kerjasama itu perlu dihentikan demi masa dengan generasi akan datang," katanya.
 
Blogger Templates