Social Icons

Thursday 12 June 2014

HANTU BUNUH EMPAT WARGA NEPAL DIKILANG JOHOR BARU?





Pada awal pagi semalam, kekecohan hampir tercetus apabila kira-kira 200 warga Nepal yang bekerja di kilang papan di Johor Bahru mendesak agar majikan mereka memanggil bomoh untuk menghalau hantu yang kononnya menyebabkna kematian empat rakan mereka dalam tempoh sebulan.

"Lebih kurang jam 8.30 malam, pekerja terbabit mula mengadakan perhimpunan. Mereka semua amat bimbang menjadi mangsa yang seterusnya." jelas Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Kota Setar, Deputi Seperintendan Mat Akhir Jaafar. 
Difahamkan, kebanyakan warga Nepal yang berkerja di situ masih berpegang kepada kepercayaan karut dan berfikir bahawa hantu yang telah membunuh 4 orang rakan mereka yang telah meninggal dunia sebelum ini. Walaubagaimana pun, perhimpunan yang melibat 200 orang warga Nepal tersebut tidak bertukar menjadi rusuhan.

Anggota polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat berjaga-jaga ketika warga Nepal berhimpun depan kilang di Jabi, kelmarin. Mat Akhir berkata, dalam perhimpunan itu, seorang daripada pekerja kilang mengalami sesak nafas dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).


Sementara itu katanya, bagi mendedahkan kejadian sebenar pihaknya turut membawa wakil pekerja asing itu ke HSB bagi mendapatkan penerangan lanjut daripada doktor mengenai punca kematian rakan mereka.
“Dalam perjumpaan itu, doktor memaklumkan kepada mereka bahawa punca sebenar kematian rakan mereka ialah disebabkan masalah kesihatan manakala seorang lagi disebabkan kemalangan,” katanya.
"Kami dapati kebanyakan perkerja Nepal ini gemar mengambil minuman keras yang tidak berjenama, dan perkara ini berkemungkinan boleh menyebabkan maut." Jelas Mat Akhir.
Selain itu, beliau juga mendakwa, faktor pemakan dan persekitaran kediaman yang tidak baik juga boleh menjadi punca kepada masalah kesihatan kepada mereka.

Mengambil langkah solusi kepada perkara ini, pihak pengurusan kilang tersebut tetap membuat keputusan untuk menggunakan khidmat bomoh atau sami bagi menghalau hantu yang dipercayai oleh  pekerja-pekerja Nepal tadi.


HEBAT..RAKYAT KELANTAN LAKSANA HUDUD SENDIRI

GAMBAR KAKI PENCURI PUTUS DILIBAS PARANG | Seorang pencuri besi putus pergelangan kaki kiri selepas bergelut dengan pemilik sebuah kolam ikan di Kampung Gong Puyuh, Kelantan pagi tadi.
Awalnya suspek cuba mengambil besi di kolam ikan tersebut tetapi tindakannya disedari anak saudara kepada pemilik kolam tersebut, kira-kira jam 11 pagi.
Si suspek pada awalnya cuba tunjuk hero dengan menyerang pemilik kolam dengan menggunakan besi yang diambil dari kolam.
Sebelum itu, pemilik kolam mengejar suspek dan apa lagi suspek lari la dengan memandu sebuah van.

Bagaimanapun, suspek terlanggar pemilik kolam.
Suspek terus keluar dari van, mengambil besi dan melibas ke arah pemilik kolam.
Dalam syok-syok suspek melibas, pemilik kolam mencapai golok di raga motornya dan turut melibas bagi mempertahankan diri.
Libasan pemilik kolam mengenai pergelangan kaki kiri suspek dan terputus.
Suspek kemudiannya menyerah diri dan suspek diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

PELANGGAN DOA AGAR ANAK CUCU FAREDA JADI PAPA KEDANA.

mawar-fareedaSeorang pelanggan tudung Fareeda, Salina Abu Zar secara terbuka mendoakan anak cucu dua pasangan sweet ini menjadi pengemis dan tidur di kaki lima selepas kecewa dan gagal mendapatkan tudung Fareeda pada 7 Jun yang lalu.
Pelanggan Doakan Keturunan Mawar Fareeda Dan Fizo Omar Jadi Pengemis
Semua ini gara-gara dia ingin Mawar Fareeda dan Fizo Omar merasai apa yang dirasakan oleh peminat-peminat Fareeda yang terpaksa beratur panjang dan lama semata-mata ingin mendapatkan tudung baru Fareeda.
Peminat Fareeda sanggup berbaris panjang, berpeluh dan ada segelintir orang sampai pengsan pun ada tetapi akhirnya tertipu dengan janji manis mereka. Lantas Mawar dan Fizo dilabelkan sebagai beruk dan kuat menipu.
eNk3D4y
Perkara seperti ini patutnya dapat dielakkan. Sudah tentu Fareeda tahu bahawa apa saja keluaran terbaru Fareeda pasti akan mendapat sambutan hangat.

APA ITU MALAM NISFU SYAABAN


Adakah anda mengetahui apa itu malam nisfu Syaaban? Kebiasaannya 15 Syaaban lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban yang mana pada malamnya terdapat banyak kelebihan. ( Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban ).

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw  tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: Terdapat hadis Nabi SAW yang menerangkan berkenaan kelebihan malam nisfu Syaaban, antaranya ialah hadis yang Nabi SAW bersabda yang bermaksud : 


“Apabila tiba malam nisfu Syaaban maka hidupkanlah malam tersebut dan berpuasalah di siangnya, maka sesungguhnya (hari tersebut) Allah SWT turun (membuka seluas-luas pintu rahmat) ke langit dunia apabila tenggelam matahari (malam nisfu Syaaban) sehingga terbit fajar (keesokkan) seraya berkata : Ketahuilah sesiapa yang meminta ampun kepada-Ku maka Aku akan memberikan keampunan baginya, sesiapa yang memohon rezeki kepada-Ku nescaya Aku akan memberikannya rezeki dan sesiapa yang memohon kesihatan (kesembuhan) kepada-Ku akan aku berikannya kesembuhan”  Hadis Riwayat Ibnu Majah


Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepada Mu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”


Pada malam nisfu Syaaban dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu solat Maghrib.

Maka menghidupkan malam nisfu Sya'ban sama ada secara berjamaah ataupun secara bersendirian sebagaimana sifat yang masyhur dikalangan orang ramai dan selainnya adalah perkara yang disyariatkan dan tidaklah menjadi bid'ah dan tidaklah menjadi makruh dengan syarat tidak menjadikan amalan tersebut sebagai suatu kemestian dan kewajipan.

Adeena Richardson, Kekasih Baru Engku Emran Terbongkar!



- Pasti korang masih ingat kan pasangan yang kini sudah berpisah siapa lagi kalau bukan Engku Emran dan Erra Fazira . 

Melalui pemerhatian Cantikje, Engku Emran kini seperti sudah memberikan sedikit sebanyak gambaran bahawa dia telah menemui pengganti Erra . 
Walaupun pada suatu ketika Engku Emran dilihat cuba memujuk Erra kembali kepadanya namun kini usaha itu dilihat sudah kian pudar dan tidak  lagi kedengaran . 

Namun siapakah wanita yang kini bertahta di hati Engku Emran kini nampaknya semakin jelas. Walaubagaimanapun, ianya masih misteri kerana berdasarkan gambaran yang diberikan wanita itu dikenali sebagai Adeena Richardson yang mana wanita ini juga pernah melukiskan potret Engku Emran dengan disertakan signature Adeena di sebelah kanan gambar tersebut .

Menerusi carian dalam Forum Cari , sekeping gambar yang didakwa merupakan wajah Adeena . Jom kita layan dulu gambar di bawah.

Apa komen anda? - cantikje

 
Blogger Templates