Social Icons

Tuesday 10 June 2014

[VIDEO] Kursus Pengendalian Menangkap Ular Berbisa

http://i1.ytimg.com/vi/QN-ZHevDa4s/hqdefault.jpg

Di Kendalikan oleh PB Abu Zahrin Dari Balai Bomba Dan Penyelamat Pekan Bersama PB Syed Azizi Yang Pakar Dalam Menangkap Ular Berbisa Tanpa Menggunakan Alatan Yang Sedia Ada

- Mereka Menggunakan Kepakaran Yang Luar Biasa Untuk Menjinakkan Ular Supaya Dapat Di Tangkap Dengan Menggunakan Tangan . Aksi Ini Jangan Di Ikut Bagi Yang Tidak Ada Kepakaran Seperti Mereka Berdua ini -

Makanan Perlu Elak Ketika Hamil

Makanan Perlu Elak Ketika Hamil
Makanan perlu elak ketika hamil
Oleh:Imah Mingguan Wanita
Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu anda elak untuk tidak terjebak dengan kesan sampingan sewaktu hamil. Dalam usaha menjamin keselamatan anda dan kandungan, ikuti panduan yang tertera.

Makanan mentah
Anda gemarkan makanan mentah seperti sushi? Jauhi makanan ini untuk sementara waktu. Pengambilan makanan mentah atau yang separa masak boleh menyebabkan komplikasi yang buruk seperti:

Toxoplasmosis
  • Penyakit yang disebabkan oleh parasit yang terdapat di dalam daging mentah dan sayur-sayuran tidak dicuci sempurna. Makanan seperti ini boleh menyebabkan jangkitan intrauterine yang serius kepada bayi.

Cirit-birit
  • Salmonella biasanya terdapat di dalam daging ayam dan telur yang tidak dimasak. Cirit-birit yang anda alami secara tidak langsung boleh membahayakan bayi sekiranya tidak dirawat dengan segera.

Jangkitan cacing
  • Pengambilan ikan mentah boleh menyebabkan jangkitan cacing. Walaupun tidak meninggalkan kesan langsung kepada bayi tetpai cacing akan memakan segala cat yang diperlukan oleh bayi.

Keguguran, kelahiran pra matang dan keracunan
  • Salah satu penyebabnya berpunca daripada bacteria listeria yang banyak terkandung di dalam keju yang tidak dipasteur dengan baik.

Vitamin A
Apa jua bentuk Vitamin A yang diambil melebihi 5000iu boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung, dan saraf bayi. Sebagai langkah selamat, anda boleh mengambil beta karotena yang banyak terkandung dalam lobak merah. Makanan yang mengandungi banyak vitamin A speerti hati daripada sumber haiwan perlu dielak.

Raksa
Makanan laut seperti tuna, mackerel (kembung besar) dan beberapa jenis ikan bersaiz besar yang lain mengandungi kandungan raksa yang tinggi. Sekiranya pengambilan makanan yang megandungi raksa berlebihan, raksa boleh menyebabkan kerosakan bayi.

Gula
Pengambilan gula berlebihan akan menyebabkan anda menghadapi komplikasi kencing manis sewaktu hamil. Malah, perkara ini boleh menyebabkan berat badan bayi bertambah dan akan menyukarkan proses kelahiran.

Makanan yang diproses
Salah satu makanan proses yang popular ialah sosej. Sosej berkemungkinan mengandungi kandungan nitrat dan nitrit yang tinggi. Jadi, anda perlu mengurangkan pengambilannya.

Produk tenusu
Susu yang tidak dipasteur dan sesetengah keju boleh mengandungi bakteria listeria yang berkemungkinan menyebabkan keguguran di awal kehamilan dan kelahiran pra matang. Keju yang diyakini selamat keju keras seperti cheddar, edam dan parmesan. Begitu juga dengan mozzarella, feta, marscapone dan krim keju.

Kacang tanah
Inilah satu-satunya jenis kekacang yang perlu dielak sewaktu hamil kerana kacang tanah boleh meningkatkan alahan pada kacang dalam kalangan bayi. Jika ahli keluarga anda mengalami masalah alahan, elakkanlah kacang tanah.

Telur kuning
Telur kuning yang tidak dimasak sempurna dan masih kelihatan cair biarpun sudah dimasak mungkin mengandungi salmonella. Walaupun jarang memberi kesan kepada bayi, anda mungkin mengalami muntah serius, cirit-birit, demam dan dehidrasi. Jika ingin makan telur rebus, pastikan telur itu dimasak lebih kurang tujuh minit.
 

MESTI TENGOK! Gadis Telan Telefon Bimbit Takut Kekasih Baca SMS


asda

Brazil: Seorang gadis berusia 19 tahun bertindak berani menelan telefon bimbitnya apabila kekasihnya ingin membaca SMS di dalam telefon bimbitnya.

Seludup kereta guna kontena ‘perabot’

Foto
Nazirah (kiri) bersama Rakob Srisupaat melihat kenderaan yang dicuri di Malaysia sebelum diseludup ke Thailand melalui Singapura, di Bangkok, semalam. - Foto BERNAMA

Kenderaan dicuri dipercayai dalam perjalanan ke negara ketiga

Bangkok: Jabatan Kastam Thailand merampas 30 buah kereta bernilai 21.6 juta Baht (RM2.125 juta) dengan 13 daripadanya disahkan dicuri di Malaysia, yang dibawa masuk ke negara ini menggunakan dokumen palsu.

[KEJAM] Gadis dipotong & dimakan


Seorang remaja dibunuh dan dimakan oleh dua orang lelaki, demikian kata prosekutor Rusi. Sebelum dibunuh, Karina ada kemungkinan dia diperkosa dulu. Karina Barduchyan, 16 tahun, dinyatakan hilang setelah pulang dari sekolah di St. Petersburg. Polis  percaya dia dibunuh dan dipotong malam itu juga.

Fida digoda menteri UMNO ?


FIDA nafi liat bayar hutang yang dipinjam.
POPULAR dengan lagu Apo Kono Eh Jang, Rafidah Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Fida dihimpit cerita buruk lagi. Kali ini ada isu mengatakan dia seorang yang suka berhutang dan liat untuk melangsaikan hutang terbabit.

Masihkah kau ingat - Altantuya

gambar hiasan
Pemecatan Tan Sri Sabaruddin Chik sebagai Pengerusi Bank Rakyat menimbulkan persoalan sama ada mempunyai kaitan dengan misteri pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribu.

Persoalan itu timbul apabila wujud dakwaan pemecatan itu dibuat ekoran kegagalan Sabaruddin meyakinkan ahli lembaga pengarah Bank Rakyat untuk memberikan pinjaman mudah tanpa faedah RM40 juta dengan tempoh bayaran 30 tahun kepada ahli perniagaan kontroversi, Deepak Jaikishnan.

[GAMBAR] Adik-beradik Maya Karin

Tahukah anda bahawa pelakon terkenal negara kita iaitu Maya Karin mempunyai adik beradik yang handsome dan cantik? Jom kita layan gambar adik beradik pelakon popular iaitu Maya Karin yang cantik ini.
Adik lelaki Maya Karin bernama Armin dan kini menetap di Eropah. Manakala Adik perempuannya Irina Melati bekerja di London sebagai peguam korporat. Jom lihat gambar mereka di bawah ini :

Kabinet Najib Rombak Hari Ini


Rombakan Kabinet hari ini?


Anggota Parlimen MCA dan Gerakan bakal menyertai Kabinet.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka menambah beberapa anggota parlimen dari MCA dan Gerakan dalam rombakan kabinet yang bakal berlaku hari ini, lapor The Malaysian Insider.
 
Blogger Templates