Social Icons

Wednesday 4 June 2014

Pemilik Kereta Cermin Gelap Mula di Buru.

Isu cermin gelap: Pemilik diberi masa Pekerja kedai aksesori kereta memasang filem penapis cahaya pada kenderaan pelanggan dalam tinjauan yang dilakukan di sekitar Kuala Lumpur, semalam.
Kuala Lumpur: Pemilik kenderaan diberi tempoh untuk mematuhi kadar ketelusan cahaya (VLT) cermin kenderaan sebelum Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memburu mereka yang degil dan terus mengekalkan cermin gelap melebihi had.

Rahsia Umur Panjang

Pengambilan makanan tambahan bantu meningkatkan kesihatan yang baik

Membina keluarga bahagia memerlukan suasana persekitaran yang sihat dalam segala aspek termasuk kekuatan mental dan fizikal.

Kesempurnaan itu akan lebih bermanfaat sekiranya semua seisi keluarga mempunyai tahap kesihatan yang baik kerana ia antara punca kebahagiaan dalam menjalani kehidupan.


Banyak kaedah gaya hidup sihat yang boleh diamalkan termasuk dengan mengambil makanan tambahan. Selama ini kita hanya mendengar pil makanan tambahan mampu mencantikkan dan memberi kesihatan dalaman kepada kulit.

Bagaimana pula dengan cengkerang haiwan yang dikatakan turut berpotensi dijadikan makanan tambahan untuk memanjangkan hayat manusia.

Udang kara, udang, ketam dan siput antara haiwan yang dikatakan mampu memberi manusia bertambah usia sehingga lapan kepada 10 tahun apabila diamalkan setiap hari.

Makanan tambahan, glucosamine dikatakan, berpotensi membuatkan seekor tikus hidup 10 peratus daripada usianya. Ada pandangan daripada pakar pemakanan, pil makanan tambahan dengan nama glucosamine yang diperbuat daripada cengkerang bertindak memanjangkan hayat manusia dan haiwan.
Di United Kingdom (UK), jangka hayat manusia boleh mencapai sehingga 89 tahun. Bagaimanapun, dengan mengamalkan makanan tambahan ini memberi peluang kepada manusia untuk hidup lebih lama.

Kajian terhadap tikus

Penyelidik dan ahli biokimia Institut Teknologi Persekutuan Zurich Swiss, Dr Mchael Ristow, membuat perbandingan jangka umur antara dua tikus dalam kes kajiannya.

Satu tikus diberi makan glucosamine manakala seekor lagi tidak.
Hasil kajian mendapati ada kesan penuaaan kepada tikus yang tidak diberi makan makanan tambahan itu berbanding tikus yang diberi makan glucosamine.

Justeru, beliau percaya manfaat glucosamine yang dilihat mengandungi karbohidrat rendah dan diet protein tinggi kepada tubuh.

“Sebagai tindak balas badan kita akan mula membakar lebihan protein. Ia bertindak menurunkan badan dan menangani masalah tekanan darah tinggi dan diabetes,” katanya.

Hakikatnya, tubuh sebenarnya berfungsi untuk menghasilkan glucosamine tetapi jumlah penghasilannya berkurangan dan mula merosot selepas manusia berumur 45 tahun.

Kajian sama

Kajian pada tahun 2012 menerusi Pusat Penyelidikan Kanser Fred Hutchinson di Amerika Syarikat pula melihat makanan tambahan itu mampu melindungi beberapa punca kepada kematian biasa.

Selain itu, kajian berskala besar yang membabitkan lebih 77,000 orang sepanjang tempoh lapan tahun oleh Jurnal Eropah Epidemiologi mendapati mereka yang mengamalkan glucosamine untuk penyakit seperti sendi pula mempunyai risiko rendah untuk mendekati kematian.

Kira-kira 13 peratus risiko menghidap barah dapat dikurangkan jika mengamal makanan tambahan ini dan 41 peratus kematian akibat penyakit pernafasan boleh dicegah menerusi makanan ini.

Jangan terlalu ghairah

Walau bagaimanapun, Prof Epidemiologi Genetik dan Pakar Perunding Reumotologi King Collage London, Tim Spector, berkata terlalu awal untuk taksub kepada kaedah ini.

“Glucosamine adalah molekul menarik yang boleh memberi kesan kepada kita secara halus dalam pelbagai cara.

“Walaupun kesan sederhana mengenai penuaan terbukti, walau bagaimanapun manusia tidak sama seperti cacing atau tikus. Jadi kajian perlu dijalankan berulang kali dan berhati-hati. Jangan terlalu taksub,” katanya.

Selain itu setiap produk yang ada potensi mempunyai kesan sampingan. Glucosamine boleh bertindak dengan kuat terhadap pesakit yang menjalani rawatan darah.

Begitu juga mereka yang alah kepada kerang. Perlu berhati-hati walaupun ada yang hanya alah kepada kerang dan bukan cengkerang.

Wanita dakwa dirogol pelanggan agensi pekerja asing




Kematian bayi lelaki berusia enam bulan yang mayatnya dibuang ke dalam gaung di Kilometer 3.2 Jalan Genting Highlands, dipercayai membongkar kegiatan eksploitasi seksual terhadap pendatang asing tanpa izin di Shah Alam sejak beberapa tahun lalu.

Kes Rogol di Serambi Mekah Naik Mendadak

Sebanyak 91 kes jenayah rogol dilaporkan di Kelantan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini dengan 88 daripadanya berjaya diselesaikan, menurut polis negeri.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, dalam satu kenyataan hari ini, berkata ia menjurus kepada penahanan 90 individu

 Katanya, 92 kes rogol dilaporkan bagi tempoh sama tahun lalu.


Insiden terbaharu yang mendapat perhatian ramai adalah kes dua remaja berusia 15 tahun dan 17 tahun yang dilaporkan dirogol sekumpulan lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian di Ketereh, 20 Mei lalu.

Jalaluddin juga berkata, pihaknya menyelesaikan 214 daripada 225 kes rogol sepanjang 2013 yang menyaksikan 161 individu ditahan.

POLITIK PAK KADOK: HUBUNGAN CINA-MALAYSIA





Najib hendak perangat hubungan mesra bapanya dengan Cina 40 tahun dulu.Cina hadiah panda yang gebu, Najib bagi tapir. Pelaburan Cina hebat, Iskandar Johor sebahagian besar sudah dikuasai Cina Singapura, Cina Beijing, Cina Taiwan dan Cina Malaysia. Melayu nganga mulut, putih mata, digamit datang disuruh pergi dibawa dengan bas, diberi makan sediit duit poket. Melayu puji melangit sebab dapat upah. Apa yang dicita2kan Lee Kuan Yew untuk kuasai politik Malaysia sudah jadi kenyataan sekarang. P. Pinang kubu DAP. Melayu UMNO P. Pinang menjerit meloong mak hamun DAP tak sedar pemimpin2 depa juga yang jual mereka dengan nasi kandaq line tak clear. Mat Sabu senyum kambing tua meleret dapat habuan berkawan dengan DAP. Mungkn dah lupa peristiwa Hotel Perdana era muhabbat ala hindustan main sorok2 dalam bilik hotel!.
Aku cuma nak ingatkan Najibn dan matyeh-matyehnya. Aku pernah buat kajian politik untuk tisissarjana di Universitas Indonesia mengenai pengaruh Partai Komunis Indonesia di era Sukarno. Sukarno nak tunjuk dia hebat dan kuat. Dia cuba laga-lagakan antara US dengan komunis Russia dan Cina di satu pihak. Dia sontoloyo dengan D.N Aidit, ketua PKI (Partai Komunis Indonesia), bagi PKI menumpang kuasa dengannya dengan harapan dia akan survive sebagai presiden. Tapi PKI bukan bodoh. Hubungan intim Sukarno dengan komunis Cina membolehkan PKI berkuasa di Indonesia. Bila PKI berasa cukup kuat, sudah menyusup dan berkuasa di merata tempat maka jadi coup 30 Sept 1965 dimana enam jeneral jadi korban di Kubang Buaya.Akibat coup dan kebencian rakyat terhadap komunis berjuta manusia Indonesia jadi korban..Sukarno hilang kuasa bila Suharto pula jadi raja diktator!
Aku cuma hendak ingatkan Najib agar jangan terlalu gairah dengan politik panda. Sejarah berulang. Pelanduk yang lupa jerat tapi jerat tak lupa pelanduk. Jangan fikir selepas Cheng Peng gagal tumbangkan kerajaan pilihan rakyat komunismes sudah pocik. Itu mimpi orang yang buta politik. Ingat kata Raja Rama , Raja Siam Cina adalah Yahudi Timur. Mereka akan cuba menguasai negara2 di Asia Tenggara kelak. Hati-hati Najib. Jangan jadi Pak Kadok Melayu hanya menang sorak dapat panda gebu tapi negara tergadai.

5 Kelebihan Memakai Bengkung Ketika Berpantang:



1. Mengelakkan perut masuk angin
Semasa tempoh mengandung selama 9 bulan, wanita akan mengalami pertambahan berat badan yang mendadak.

Selain itu, wanita juga mengalami masalah angin di dalam perut yang boleh menyebabkan ibu mengalami sakit-sakit badan dan sendi.

Melalui ikatan bengkung yang kemas dan sempurna, ia membantu pengaliran angin panas dan kotor keluar dari badan ibu yang berpantang dengan sempurna.

2. Membantu mengempiskan perut dan lemak yang berada di bahagian paha dan punggung
Bagi wanita yang mempunyai masalah perut buncit dan menggeleber, pemakaian bengkung yang konsisten akan membantu mengempiskan bahagian badan yang bermasalah.

Selain itu, ia juga membantu mengembalikan bentuk badan dengan cepat serta mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu yang menyusukan bayi mereka.

3. Menegangkan kulit yang menggeleber dan menguatkan otot-otot yang tegang selepas bersalin
Masalah otot-otot yang tegang selepas bersalin sememangnya perkara biasa bagi wanita selepas bersalin.

Keadaan ini menyebabkan tisu perantara yang sebelum ini menyambung otot-otot perut yang terpisah akan tertarik ke bahagian tepi abdomen anda.

Akibatnya, tisu perantara tersebut yang akan menyokong organ dalam badan dan bukannya otot perut. Pemakaian bengkung akan membantu menguatkan kembali otot-otot yang tegang an kelihatan menggeleber.

4. Menguatkan tulang belakang dan menghasilkan postur tubuh yang baik
Pemakaian bengkung baik untuk menyokong tulang belakang terutamanya kepada sesiapa yang mengalami masalah sakit belakang.

Selain itu, bengkung menyokong dan menguatkan otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.

5. Menghalang peranakan daripada 'turun'
Peranakan atau rahim iaitu tempat janin membesar terletak di dalam pelvis dan disokong oleh otot , jaringan dan ligamen.

Proses melahirkan anak boleh menyebabkan otot dan ligamen yang menyokong rahim menjadi lemah dan menyebabkan ia jatuh dan kadangkala terkeluar dari saluran jatuh.

Dengan pemakaian bengkung, ia mampu menguatkan kembali otot di bahagian rahim bagi mengelakkan masalah peranakan turun.


 

Tiga ditahan untuk bantu siasatan atas kes buang mayat bayi dalam gaung di Genting Highlands

'Mr Wong
 
 
Tiga orang termasuk seorang wanita ditahan berhubung penemuan seorang mayat kanak-kanak lelaki yang dipercayai dibuang di sebuah gaung di Genting Highlands pada akhir bulan lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat memberitahu suspek berumur akhir 40an itu ditahan di sekitar Shah Alam pada Selasa dan dipercayai turut terlibat dengan aktiviti pemerdagangan manusia di daerah tersebut.

“Mangsa adalah seorang wanita warganegara Indonesia berumur 33 tahun dan bekerja sebagai seorang tukang pembersih telah membuat laporan polis pada 31 Mei lalu berhubung kehilangan anaknya,” kata Abdul Samah dalam satu kenyataannya kepada media.

Suspek yang ditahan polis itu merupakan majikan kepada mangsa, isteri majikan dan juga rakan majikan.

Menurut mangsa, majikannya yang dikenali sebagai Mr Wong ini adalah merupakan agen yang menguruskan pekerja asing tanpa permit.

Mr Wong telah memaklumkannya bahawa anaknya yang berumur setahun enam bulan itu telah diberikan kepada rakan majikannya itu.

“Difahamkan anaknya itu telah lahir pada 21 November tahun lalu akibat kejadian rogol yang dipercayai dilakukan oleh rakan majikannya itu semasa mangsa dihantar bekerja di rumah rakan majikannya itu,” katanya.

Apabila rakan majikannya itu mengetahui bahawa mangsa telah mengandung, maka dia telah menghantar mangsa pulang semula kepada Mr Wong dan sepanjang tempoh itu, mangsa telah dihantar bertugas dengan beberapa majikan yang lain.

“Mangsa hanya dipulangkan ke Mr Wong apabila mangsa sudah hampir melahirkan anak dan sesudah melahirkan anaknya itu, mangsa tidak bertemu dengan anaknya kerana Mr Wong dikatakan telah membawa anaknya itu ke Genting Highlands.

Selain itu, mangsa telah memaklumkan bahawa terdapat lebih kurang 29 wanita warganegara Indonesia yang bekerja tanpa permit sebagai pembantu rumah jangka pendek dan tidak pernah dibayar gaji mereka.

“Difahamkan pekerja-pekerja ini juga telah dieksploitasikan secara seksual oleh majikan-majikan yang lain termasuk Mr Wong sendiri dan terdapat tiga buah rumah di sekitar Lembah Klang digunakan oleh Mr Wong ini untuk menempatkan dan mengurung semua pekerjanya,”.

Bertindak atas maklumat yang diberikan mangsa, polis turut berjaya menyelamatkan enam orang pekerja yang dikurung dalam salah sebuah rumah itu dan pada pagi tadi pula, polis telah pergi ke lokasi gaung dimana bayi malang itu dibuang.

“Berdasarkan pengakuan daripada suspek, bayi tersebut dikatakan telah meninggal dunia dan mayat bayi itu telah dibuang ke dalam sebuah gaung di Genting Highlands,”.

Mayat bayi itu ditemui polis dalam keadaan berulat dan kembung dipercayai telah reput dan pasukan forensik telah dikerah untuk menjalankan pemeriksaan di tempat tersebut.

Suspek telah direman sehingga 10 Jun untuk membantu siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh.


Cuci Buah Pinggang Anda Dengan Hanya RM1-00







Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja, tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00, 
  anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini, caranya mudah sahaja beli seikat daun SUP, cuci bersih-bersih , potong kecil2 , masukkan kedalam periuk , masukan air bersih , didihkan untuk sepuluh minit sahaja , sejukkan , tapis ,

 masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk , amalkan meminumnya segelas sehari , insyaaallah anda akan rasa perubahannya , segala kandungan garam dan racun2 akan dikumuhkan melalui air kencing. Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!

"Kamu (Jais) boleh menyiasat, tapi tidak boleh menghalang orang berkahwin..Tun Mahatir


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata sebagai pihak berkuasa agama, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memang berhak menyiasat agama seseorang, tetapi tidak patut menyerbu majlis perkahwinannya.

Sejajar dengan itu, beliau menyarankan Jais merujuk kepada al-Quran kerana di dalam kitab suci itu terdapat banyak larangan berhubung tindakan terhadap seseorang yang tidak mengaku beragama Islam.

 "Kamu (Jais) boleh menyiasat, tapi tidak boleh menghalang orang berkahwin. Apabila kamu menghormati agama orang lain, orang agama lain juga akan menghormati kamu.


"Saya ingin mencadangkan supaya mereka (Jais) kembali kepada al-Quran dan tidak membuat tafsiran sendiri (mengenai ayat al-Quran)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk 'Contemporary Islamic Lifestyle: Fitting In or Taking the Lead' dalam Siri Syarahan Perdana Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian bagi mengulas laporan mengenai tindakan Jais menyerbu satu majlis perkahwinan di sebuah kuil Hindu di Petaling Jaya, Selangor Ahad lepas.

Jais mendakwa pengantin perempuan dalam upacara itu beragama Islam, tetapi wanita berkenaan menafikannya dan berkata bapanya menukar agamanya kepada Islam tanpa pengetahuan keluarganya. -

Cinta Fathia tidak di Restui Keluarga?

AIMAN adalah tempat untuk Fathia meluahkan segala masalahnya. 
 
JIKA dahulu mereka agak berahsia, kini tiada apa lagi yang mahu disorokkan selain cinta yang sedia dipamerkan. Bagi dua pelakon ini memang ada nada kelegaan bila mereka sudah mampu bercerita tentang hati dan perasaan sebenar.
Bagaimanapun meniti hari dalam kerjaya seni, Aiman Hakim Ridza, 26, dan kekasihnya Nur Fathia Latiff, 27, mahu kerjaya mereka lebih diberi perhatian. Tidak menolak semakin bahagia, namun itu bukan petanda bahawa hubungan mereka bakal beransur ke fasa perkahwinan.
Bercerita tentang kerjaya, dilihat dunia lakonan Fathia lebih menyerlah daripada Aiman. Bagaimanapun kelebihan itu nampaknya tidak mudah buat Fathia apabila dia kini dilabel artis bermasalah. Satu demi satu isu diperdengarkan, namun populariti pelakon cantik ini kekal.
Bagi Fathia sendiri , setelah bertahun menapak, dia tahu ini merupakan harga yang perlu dibayar dirinya.
Menolak cinta sebagai punca dia terus dilanda permasalahan ini, jelas Fathia, sesungguhnya kehadiran Aiman sedikit membantu dirinya dalam melalui waktu sukar.
"Pada mulanya saya dihambat perasaan takut. Apabila kita tidak buat apa, tetapi tetap dipersalahkan secara automatik benda itu tetap memberi kesan kepada saya.
"Lama juga saya mahu bina keyakinan diri, namun apa yang terus menguatkan saya adalah peminat. Mereka buat saya percaya dalam industri ini tidak semuanya manis namun mempunyai peminat setia adalah jawapan kepada persoalan itu," katanya.
Bukan sekali dua dia dikatakan mempunyai masalah, malah sudah beberapa kali kisah ini timbul.
Bagi Fathia, jika terlalu kecewa, pastinya dia sudah memilih kerjaya lain. Namun dia percaya berhadapan dengan masalah lebih baik dari melarikan diri.
"Saya tidak percaya bahawa diri saya adalah seorang yang sempurna. Sebab itu saya kutip setiap pengajaran itu sebagai pengalaman.
"Dalam dunia ini kita diberi dengan pelbagai pilihan. Saya sudah menetapkan pilihan itu.
"Tiada sebab untuk saya takut diadili manusia lain, memandangkan saya tahu yang saya jujur dengan diri saya," katanya.
Berbekalkan wajah kacukan Arab-Melayu, ternyata keindahan wajah wanita ini mudah menggamit perhatian.
Namun benarkah dek kerana kelebihan ini dia juga menjadi sasaran hasad dengki?
Percaya bahawa semua manusia mempunyai hati yang bersih, jelas Fathia, fokusnya kini adalah mencari keseimbangan diri.
"Bagi saya sama ada memang ada orang sebegitu ia bukan suatu masalah buat saya. Jujur saya masih lagi belajar. Mana boleh saya berjanji yang tiada kesilapan dalam waktu sekarang dan masa depan.
"Saya akan kekal di sini berkongsi bakat. Hanya peminat sahaja yang mampu mengatur perjalanan saya dalam dunia seni ini," katanya
 
Blogger Templates