Social Icons

Thursday 5 June 2014

PDRM MENGESAHKAN BAHAWA GAMBAR SEKUMPULAN MUSLIM DI GEREJA BUKAN DI MALAYSIA.


GAMBAR SEKUMPULAN MUSLIM DI GEREJA BUKAN DI MALAYSIA:

Penyebaran gambar-gambar melalui media sosial yang seakan-akan cuba membayangkan bahawa sekumpulan muslim terlibat dalam aktiviti keagamaan di sebuah gereja, telah mencetuskan kegusaran dan ketidaktenteraman di kalangan masyarakat Islam di negara ini.

Adalah disahkan bahawa gambar-gambar tersebut BUKAN melibatkan sebarang rakaman upacara yan
g berlaku di Malaysia. Pihak polis juga tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung isu ini.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak memuat naik atau menyebar sebarang bahan yang tidak sahih melalui media sosial kerana ia berupaya menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.

ACP ASMAWATI BT AHMAD
PEN. KETUA URUS SETIA KPN (KOMUNIKASI KORPORAT)



Berita palsu gambar wanita melayu bertudung dalam gereja tersebar.

Untuk info, gambar yang mencetuskan kontroversi itu bukanlah dari Malaysia tapi berlaku di negara jiran iaitu Indonesia.

Menurut salah seorang pengguna dilaman sosial, kunjungan itu datang daripada mahasiswa islam di salah sebuah Universiti di Indonesia.

Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk menjalin hubungan dua hala antara agama Islam dan Kristian.

Berdasarkan lawatan tersebut, mahasiswa didedahkan dengan fahaman dan ajaran gereja Katolik manakala gereja juga didedahkan dengan cara umat islam menunaikan solat.

Panda Feng YI Kuat Mengawan.


Selepas 48 jam, panda betina Feng Yi sudah sedia mengawan


Feng Yi mula menunjukkan tanda-tanda ingin mengawan selepas 48 jam pasangan panda gergasi itu tiba di

Malaysia.
.
Hadiah setia kawan China kepada Malaysia membawa keceriaan kepada negara ini.

Malah, Malaysia mungkin bertuah untuk menyaksikan kelahiran anak panda pertama di negara ini.

Ia berikutan pemantauan zoo negara menunjukkan, panda betina, Feng Yi mula menunjukkan tanda-tanda ingin mengawan selepas 48 jam pasangan panda gergasi itu tiba di Malaysia.

RAKAMAN HANTU PUCONG MENCURI TABONG MASJID TERSEBAR LUAS DIDALAM MAYA

Kejadian di laporkan berlaku pada jam lebih kurang 8.10 pagi 16hb April 2014 bersamaan hari Rabu di salah sebuah masjid di Pasir Gudang Johor.

Melayu Senang di Perdayakan dlm isu Cadbury

Kemelut coklat cadbury bermula apabila tersebar foto 2 dokumen makmal kementerian kesihatan yang mengesahkan 2 produk coklat cadbury iaitu coklat kacang hazel batch pengeluaran 200813MO1HI2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan coklat kacang almond batch pengeluaran 221013N01RI1 bertarikh luput 15 Jan 2015 di katakan mengandungi lemak porcine iaitu lemak babi.

Ianya kemudian disahkan oleh ketua pengarah kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau turut mengesahkan 3 sampel telah di uji KKM dan sampel ke 3 coklat cadbury tanpa kacang bebas dari porcine.

Persoalan yang timbul ialah :

- Kalau betul cadbury menggunakan lemak porcine dalam sebatian coklatnya sebagai pengawet kenapa sampel ke 3 iaitu coklat tanpa kacang di kesan tiada mengandungi porcine?. Adakah porcine tersebut datang dari kacang hazel dan almond? Sudah tentu tidak, kerana porcine adalah salah satu sebatian dalam coklat.

Disinilah dapat di lihat agenda tersirat di sebalik kemelut cadbury ini.

Mungkinkah ada pihak2 tertentu mensabotaj coklat tersebut dengan mencemari sampel tersebut sebelum menghantarnya ke makmal KKM. Atau mencemarinya di peringkat proses pengeluaran semasa batch pengeluaran coklat tersebut di hasilkan.

Untuk makluman Cadbury Malaysia adalah syarikat milik Melayu di mana pemegang2 saham terbesarnya adalah Bousted Holding iaitu syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Felda. Ianya juga di uruskan oleh ramai pekerja2 melayu dari peringkat pentadbiran hinggalah ke pengeluaran.

Isu ini berjaya menjadikan orang Melayu Islam menyerang produk keluaran bangsa mereka sendiri. Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM dan Jaringan Melayu Malaysia telah terperangkap dalam permainan ini. Kedua dua NGO ini yang sebelum in begitu lantang mengajak kita memboikot produk kaum Cina kini menyerang syarikat milik Bumiputra. Setelah berjaya melaga2kan Melayu di pentas politik kita fasa seterusnya ialah melaga2kan kita di pentas ekonomi pula.

Dan nampaknya seperti sebelum ini misi mereka berjaya. Kita terus bertelagah sesama kita saling tunding menunding. Retak yang tiada siapa peduli kini menanti masa bila2 sahaja akan terbelah.

Benarlah pesanan nenek moyang kita dahulu :

" Menang sorak kampung tergadai"

Nik Aziz Saudara Saya-Tun

Tun Mahathir: Nik Aziz saudara saya, tetapi kalau dia salah saya tidak terima

Nik Aziz saudara saya, tetapi kalau dia salah saya tidak terima, kata Tun Mahathir
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau menganggap bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai saudara, namun tetap akan menegur beliau sekiranya beliau bersalah.

Video pelajar perempuan bertumbuk tersebar di Facebook

Lagi video pelajar perempuan bertumbuk tersebar di media sosial














KUALA LUMPUR
: Satu lagi video pergaduhan pelajar sekolah yang menunjukkan dua orang pelajar perempuan saling bertumbuk dan menarik rambut secara ganas, muncul di media sosial dan mula tersebar dengan meluas.

Papa Gomo Bankrap?


Akhirnya Papa Gomo @ Wan Muhammad Azri b Wan Deris k/p 830121-03-5019 bekas mata-mata polis trafik Balai Polis Ampang R/F 142863 yang kena penjara 14 hari dan denda RM10,000 kerana kes ambil rasuah RM400 dari seorang penagih dadah tegar telah tidak mampu lagi mengupah dan mengaji peguam untuk mewakili dirinya dalam kes beliau diarahkan bayar saman fitnah terhadap DSAI sebanyak RM850,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Cara Letak Navigator di Blog


Tumblr_lytzqmzak21r5ed03o1_500_large

Assalamualaikum and annyeonghaseyo. Hello hello. Actually tuto ni ada org request sblum ni tp tieqa dah lupa siapa. Maaf maaf. So hari ni tieqa nak tunjukkan cara untuk letak navigation bagi pengguna blogskin.

 
Blogger Templates