Social Icons

Tuesday 27 May 2014

Anak Kelantan di Sebalik Kejayaan Piala Thomas Jepun.

KUALA LUMPUR: Di sebalik kejayaan pasukan Jepun merangkul kejuaraan Piala Thomas semalam, ramai yang tidak mengetahui tentang salah seorang jurulatih pasukan negara matahari terbit itu adalah anak Malaysia.

Nama Izuan Ibrahim, tidak sepopular nama besar lain dalam arena sukan badminton, namun sentuhan beliau antara penyumbang kepada kejayaan Jepun semalam.

Anak kelahiran Kelantan ini adalah jurulatih kepada pemain persorangan Jepun, Kento Momota yang menewaskan pemain negara Chong Wei Feng dengan straight set 21-15, 21-17.

Bekas guru ini sekarang berkhidmat sebagai jurulatih junior pasukan kebangsaan Jepun di bawah Nihong Badminton Association dan jurulatih di R.S. Hamanaka.

Kejayaan Jepun buat kali pertama semalam sekaligus menaikkan nama Izuan yang lebih mesra dengan panggilan Abe Awe di kalangan rakan-rakan beliau di Kelantan.

Laman Facebook beliau turut dihujani ucapan tahniah daripada kawan-kawan yang mengenali anak Melayu ini.

Dalam perlawanan semalam, Jepun mencipta sejarah dengan merangkul gelaran Piala Thomas pertama mereka apabila menewaskan Malaysia 3-2 dalam perlawanan penuh dramatik

Luahan terbaru daripada Cadbury Malaysia isu DNA babi



KUALA LUMPUR – “Kami telah menerima komen daripada pelbagai pihak dalam perkara ini dan kami juga turut peka akan seruan masyarakat Islam untuk penyelesaian”.
Itu luahan syarikat Cadbury Malaysia berikutan isu coklat syarikat itu dikesan pihak berkuasa mengandungi asid deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine) baru-baru ini.
Pendedahan itu menyebabkan orang ramai termasuk badan bukan kerajaan (NGO) mengecam syarikat tersebut termasuk menggesa umat Islam tidak lagi membeli produk tertentu Cadbury.
Ketua Unit Hal Ehwal Korporat Cadbury Malaysia, Raja Zalina Raja Safran turut memaklumkan, Cadbury Malaysia sedang memberi tumpuan penuh terhadap penyiasatan kes itu.
“Semua sumber kami ke arah penyiasatan yang sedang berlangsung. Kami juga turut bekerjasama rapat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim dalam memastikan produk kami mematuhi garis panduan halal,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Raja Zalina berkata, Jakim dalam proses menjalankan ujian ke atas produk Cadbury dan akan mengumumkan keputusan itu sebaik sahaja memperoleh maklumat.
“Sehingga itu, kami tidak dapat memberikan komen lanjut. Kami memberi jaminan bahawa kami sedang berusaha penuh untuk menangani isu ini secepat mungkin,” katanya. 
 
Blogger Templates