Social Icons

Friday 30 May 2014

Hadi Kritikel Di Istanbul??....

Najib minta kedutaan bantu Presiden PAS yang dirawat di Istanbul
Najib hubungi kedutaan Turki supaya Hadi Awang dapat sokongan penuh 
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah berusaha untuk memberikan sokongan yang sewajarnya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dimasukkan ke hospital di Istanbul ekoran masalah kesihatan.

Najib, dalam laman Twitternya berkata beliau telah menghubungi kedutaan Malaysia di Turki untuk memastikan Abdul Hadi diberi sokongan yang sepatutnya.


Abdul Hadi dilaporkan telah mengalami sesak nafas dan telah dihantar dengan ambulans ke Medipol Universitesi Hastanesi, Istanbul.

Sebelum ini, setiausaha politiknya, Dr Ahmad Shamsuri Mukhtar memberitahu Astro AWANI bahawa masalah komplikasi jantung dan paru-paru berair disyaki menjadi punca beliau mengalami sesak nafas.

Dr Ahmad Shamsuri telah berkata buat masa ini, Abdul Hadi dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi untuk pemeriksaan seterusnya.

Abdul Hadi bersama Dr Shamsuri dan seorang Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat,  Dr Syed Azman Syed Nawawi berada di Istanbul kerana menghadiri Kongres Umat Islam Antarabangsa anjuran Pusat Penyelidikan Ekonomi (ESAM) yang berpengkalan di Istanbul.

Najib kini berada di Beijing untuk lawatan rasmi enam hari sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China.

Wow Tembakan Dah Bermula Semula.

Lelaki parah kena tiga das tembakan
Gambar Hiasan
 
 
 
TEMERLOH: Seorang lelaki parah selepas terkena tiga das tembakan di bahagian badannya di depan sebuah klinik swasta di Jalan Zabidin berhampiran Stesen Bas Mentakab di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Anuwar Osman berkata polis menerima maklumat daripada orang awam tentang kejadian itu berlaku kira-kira jam 8.15 malam.

Beliau berkata menurut saksi yang ditemui polis semasa siasatan awal, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 37 tahun itu berada di depan klinik itu dikatakan sedang berbual-bual dengan suspek.

"Tiba-tiba saksi terdengar bunyi tiga das tembakan sebelum ternampak mangsa rebah dan suspek melarikan diri dipercayai dengan menaiki sebuah kereta," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata dengan bantuan orang awam mangsa yang parah selepas ditembak di bahagian rusuk kirinya itu dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk rawatan lanjut.

Kata Anuwar mangsa kini masih menerima rawatan di wad kecemasan hospital berkenaan namun dia dilaporkan dalam keadaan stabil.

"Polis kini sedang giat menjejaki suspek terbabit dan motif kejadian itu masih dalam siasatan," katanya.


Isu Polis Makan Ais Krim Di Sisi Mangsa Kemalangan


Isu Polis Makan Ais Krim Di Sisi Mangsa Kemalangan | Kejadian berlaku ditempat susur 4 Jalan Tun Razak, Johor Baharu. Anggota MPV tersebut telah mendapat panggilan daripada Ibu Pejabat Johor Baharu Selatan untuk menghala ke tempat kemalangan yang melibatkan sebuah m/sikal dan Teksi.

Mangsa penunggang m/sikal lelaki melayu telah mengalami cedera patah kaki. Bantuan ambulnce telah diminta tetapi dalam hampir 1jam lebih baru sampai. Sementara menunggu bantuan ambulance keluarga mangsa telah memberi ais krim kepada anggota polis berkenaan sebagai menghargai bantuan yang telah diberi.

Anggota polis tersebut telah nemberi bantuan sehingga selesai dan mangsa dihantar ke hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu.

So kepada orang yang mengambil gambar ini yang tidak tahu cerita sebenar jangan lah memandai-mandai ya... Gambar ini pada asalnya telah di muat naik di laman sosial melalui sebuah akaun fb seorang rakyat Singapore yang anti dengan polis Malaysia telah menjadi viral di laman sosial tersebut.

Walaubagaimana pun menurut info, pihak polis akan/telah mengambil tindakan tatatertib ke atas anggota polis tersebut. Cuba bayangkan jika anda ditempat anggota polis tersebut, menjadi tanggungjawab untuk membantu orang awam yang dalam kecemasan berdiri di dalam panas terik begitu kemudian jasa dan penat lelah anda akhirnya di balas dengan denda yang tidak sepatutnya....Apa perasaan anda?

Anak curang; ayah penggal kepala

Seorang bapa bertindak memenggal kepala anak perempuannya dan diarak ke seluruh kampung selepas mengetahui mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki.

Oghad Singh, seorang pekerja lombong marmar menggunakan pedang untuk memenggal kepala Manju, 22, yang sudah pun berkahwun tiga tahun lalu tetapi curang terhadap suaminya.
“Kejadian berpunca tindakan anak perempuan yang menjalinkan hubungan sulit, jadi dia bertindak sedemikian,” kata ketua polis daerah Rajsamand, 330km dari Jaipur, Rahul Katkey.
Singh berjalan ke sekeliling kampungnya pada Ahad sambil memegang kepala anaknya dengan sebelah tangan dan memegang sebilah pedang berlumuran darah di sebelah tangan lain sebelum para penduduk memujuknya agar menyerah diri.
Katkey berkata, lelaki itu yang kini ditahan pihak polis memberitahu pihak berkuas bahawa dia berang dengan anak perempuannya itu yang memalukan dia di mata masyarakat. – AFP
(Gambar hanya untuk illustrasi)

Farhan Tidak Matang....Kebudakan.


Punca sebenar Abby Abadi bercerai lagi dengan Farhan. Menurut Abby, usia suaminya yang lebih muda darinya dan tidak matang merupakan punca utama keretakan rumah tangga. Tambah Abby lagi, ketidak serasian bersama dan sering bertengkar juga menyebabkan Farhan memfailkan permohonan cerai. Difahamkan lafaz cerai telah dibuat oleh Farhan sebanyak dua kali di Makhamah Syariah Gombak Timur. 

Bagaimanapun, Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur iaitu Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan. Terdahulu, Abby yang berusia 37 tahun dan Muhammad Noor Farhan 24 tahun telah melangsungkan perkahwinan pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand. Abby juga pernah bernikah sebelum ini dengan Norman Hakim dan dikurniakan tiga orang anak hasil perkahwinan tersebut.

punca

Kenyataan Abby Abadi Isu Bercerai Dengan Farhan
Saya nampak dia terlalu muda untuk meletakkan dirinya bersama saya, saya rasa macam itu. Pada saya kalau dalam usia saya waktu berumur macam dia, banyak benda yang saya masih tidak faham. Saya nampak lelaki lagi lambat matang. Kalau nampak dia dah tak nak sangat, saya tidak mahu memaksa. Sejujurnya dia lelaki yang sangat baik, namun dengan usia dan dengan siapa disekeliling dia, saya gagal untuk perbaiki keadaan dalam masa terdekat,” ujar Abby Abadi

Tawaran Hadiah Kalau Dapat Tangkap Ibrahim Ali???...

Datu Robert Lian berkata menyembunyikan maklumat itu boleh dianggap sebagai satu kesalahan. Foto fail Ibrahim Ali 
 
 
KUALA LUMPUR: Imigresen Sarawak meminta rakyat negeri Sarawak supaya melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka mengetahui Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berada di negeri itu, lapor Utusan Borneo.

Pengarah Imigresen Sarawak, Datu Robert Lian berkata menyembunyikan maklumat itu boleh dianggap sebagai satu kesalahan.

“Jika ada rakyat negeri ini yang mengetahui bahawa Ibrahim Ali ada di Sarawak dan tidak melaporkan kepada pihak berkuasa maka orang tersebut boleh dianggap sebagai menentang Sarawak,” katanya seperti dipetik oleh akhbar itu.

Robert Lian mengulas desas-desus kononnya Ibrahim bolos ke Sarawak semasa Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Balingian pada Mac lepas.

Jelas beliau, pihaknya tidak mempunyai rekod kemasukan Ibrahim ke negeri itu. Jika ada pun, orang itu adalah individu lain yang mempunyai nama yang sama.

“Kami tidak ada rekod bahawa Datuk Ibrahim Ali ada (masuk Sarawak). Apa yang kami tahu, Datuk Ibrahim Ali umurnya 62 tahun. Orang boleh ada nama yang sama tetapi sudah pasti bukan dia. Dia tidak ada di sini pada waktu yang dikatakan itu.

“Dia masih dalam senarai sekatan. Kita tidak perlukan orang sepertinya dan kerana itu sekatan tersebut dikeluarkan," katanya seperti dipetik oleh akhbar The Borneo Post pula.

Jelas Robert, sekiranya ada gambar yang menunjukkan Presiden Perkasa itu berada di Sarawak, gambar tersebut mungkin diambil sebelum larangan berkenaan dikuatkuasakan oleh kerajaan negeri.

“Itu semua salah satu perbuatan untuk mengapi-apikan masyarakat dan cuba menunjukkan bahawa pihak Jabatan Imigresen kononnya tidak melakukan kerja," katanya mengulas mengenai pengedaran foto berkenaan.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem pada Mac lalu mendedahkan Ibrahim adalah antara individu yang dilarang masuk ke Sarawak kerana negeri itu "tidak memerlukan ekstremis dan fanatik agama atau bangsa".

Semasa kempen pilihan raya kecil DUN Bailingan, kerajaan negeri Sarawak menyekat empat pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail serta Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin; Naib Presiden, Tian Chua dan Pengarah Strategik, Rafizi Ramli daripada memasuki negeri itu.


Wanita Hamil Direjam Keluarga

Wanita hamil direjam keluarga di Pakistan  
MOHAMMAD Iqbal, 45, berada disamping mayat isterinya, Farzana Parveen yang direjam dengan batu hingga mati oleh ahli keluarganya di luar mahkamah di Lahore kerana berkahwin dengan lelaki yang dicintainya. - 
 
LAHORE, Pakistan: Seorang wanita hamil direjam dengan batu hingga mati oleh ahli keluarganya di luar mahkamah di Lahore kerana berkahwin dengan lelaki yang dicintainya.

Wanita berkenaan dibunuh ketika dalam perjalanan ke mahkamah bagi menjawab kes dakwaan culik yang difailkan keluarganya terhadap suami beliau.

 Pegawai penyiasat, Rana Mujahid, berkata bapa wanita itu segera ditangkap dan polis sedang memburu mereka yang terbabit dalam "jenayah kejam" itu.


Perbuatan itu dilakukan secara terbuka pada waktu siang sambil disaksikan orang ramai.

Seorang pegawai polis, Naseem Butt, menyatakan wanita itu ialah Farzana Parveen, 25, dan mengahwini Mohammad Iqbal, 45, tanpa restu keluarga.

Peguam wanita itu, Mustafa Kharal, berkata bapa mangsa, Mohammad Azeem, memfailkan kes culik terhadap Iqbal.

Katanya, wanita itu hamil tiga bulan
 
Blogger Templates