Saturday 14 June 2014
Najib & menteri kabinet makan Cadburry esok ?
Program itu antara lain bertujuan untuk mempertahankan kenyataan halal yang dikeluarkan oleh JAKIM - Gambar Fail |
KUALA LUMPUR: Lebih kurang 100 pengguna Islam termasuk blogger akan makan coklat Cadbury pada petang Ahad untuk mempertahankan bahawa produk jenama itu sah halal.
Majlis makan coklat Cadbury itu dianjurkan oleh myKMU dengan kerjasama portal SuaraTV dan Ikatan Aktivis Siber Malaysia (IKAS). Program itu diberi nama ‘Sijil Halal Malaysia Dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif’.
Majlis makan coklat Cadbury itu dianjurkan oleh myKMU dengan kerjasama portal SuaraTV dan Ikatan Aktivis Siber Malaysia (IKAS). Program itu diberi nama ‘Sijil Halal Malaysia Dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif’.
Krew dokumentari jumpa wang RM27.2 juta
LONDON
13 Jun - Seorang kru televisyen yang sedang merakam dokumentari tentang
pegawai yang menyampaikan writ dan saman dikenali sebagai bailif
terkejut apabila menemui wang tunai sejumlah 5 juta pound (RM 27.2 juta)
yang disorokkan dalam sebuah kotak kayu dalam sebuah pangsapuri di
Silvertown, timur London.
Kisah benar Arwah ibu ziarah jenazah anak
Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.
Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya.
Najib disaman oleh bayangan Antaltuya
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan lapan lagi tidak boleh melarikan diri dari bayangan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, apabila balu dan keluarga mendiang P. Balasubramaniam mengemukakan saman sivil kerana terpaksa hidup dalam buangan di India yang menurut mereka memakan belanja RM840,000.
Subscribe to:
Posts (Atom)