Seorang
bapa bertindak memenggal kepala anak perempuannya dan diarak ke seluruh
kampung selepas mengetahui mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan
seorang lelaki.
Oghad Singh, seorang pekerja lombong marmar menggunakan pedang untuk memenggal kepala Manju, 22, yang sudah pun berkahwun tiga tahun lalu tetapi curang terhadap suaminya.
“Kejadian berpunca tindakan anak perempuan yang menjalinkan hubungan
sulit, jadi dia bertindak sedemikian,” kata ketua polis daerah
Rajsamand, 330km dari Jaipur, Rahul Katkey.
Singh berjalan ke sekeliling kampungnya pada Ahad sambil memegang kepala
anaknya dengan sebelah tangan dan memegang sebilah pedang berlumuran
darah di sebelah tangan lain sebelum para penduduk memujuknya agar
menyerah diri.
Katkey berkata, lelaki itu yang kini ditahan pihak polis memberitahu
pihak berkuas bahawa dia berang dengan anak perempuannya itu yang
memalukan dia di mata masyarakat. – AFP
(Gambar hanya untuk illustrasi)
No comments:
Post a Comment