KUALA LUMPUR –
“Kami telah menerima komen daripada pelbagai pihak dalam perkara ini dan
kami juga turut peka akan seruan masyarakat Islam untuk penyelesaian”.
Itu luahan
syarikat Cadbury Malaysia berikutan isu coklat syarikat itu dikesan
pihak berkuasa mengandungi asid deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine)
baru-baru ini.
Pendedahan itu
menyebabkan orang ramai termasuk badan bukan kerajaan (NGO) mengecam
syarikat tersebut termasuk menggesa umat Islam tidak lagi membeli produk
tertentu Cadbury.
Ketua Unit Hal
Ehwal Korporat Cadbury Malaysia, Raja Zalina Raja Safran turut
memaklumkan, Cadbury Malaysia sedang memberi tumpuan penuh terhadap
penyiasatan kes itu.
“Semua sumber
kami ke arah penyiasatan yang sedang berlangsung. Kami juga turut
bekerjasama rapat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim dalam
memastikan produk kami mematuhi garis panduan halal,” katanya melalui
satu kenyataan media hari ini.
Raja Zalina
berkata, Jakim dalam proses menjalankan ujian ke atas produk Cadbury dan
akan mengumumkan keputusan itu sebaik sahaja memperoleh maklumat.
“Sehingga itu,
kami tidak dapat memberikan komen lanjut. Kami memberi jaminan bahawa
kami sedang berusaha penuh untuk menangani isu ini secepat mungkin,”
katanya.
No comments:
Post a Comment