Sebahagian suspek yang ditahan polis berhubung kes rogol dua pelajar
oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong di Ketereh di sini pada 20 Mei
lalu mempunyai hubungan kekeluargaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong
Heng memberitahu, suspek tersebut termasuk tiga beranak yang ditahan di
Ketereh semalam.
Beliau berkata, kesemua suspek juga kebanyakannya tinggal di kampung yang sama.
"Setakat ini seramai 14 suspek telah ditahan dan kebanyakan mereka
terdiri daripada anak beranak, sepupu dan pertalian lain," katanya
ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, polis berjaya menahan empat lagi suspek termasuk seorang bapa bersama dua anak lelakinya yang berumur 15 dan 17 tahun.
Bapa yang berusia 38 tahun bersama dua anaknya itu ditahan di sekitar
Ketereh pada pagi semalam manakala seorang lagi berusia 20-an, turut
diberkas di kawasan berdekatan.
Penahanan itu menjadikan jumlah mereka yang diberkas bagi membantu
siasatan kes tersebut kepada 14 orang dan kesemua suspek tersebut kini
ditahan reman.
Yong Heng berkata, polis kini terus giat memburu suspek lain dan percaya mereka akan diberkas dalam tempoh terdekat.
"Kita akan memburu saki-baki suspek terlibat untuk siasatan di bawah
Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga
20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan," katanya.
Saturday 31 May 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment