Sedih dan kecewa!
Demikianlah
perasaan Jue Aziz yang baru-baru ini mengakui telah menikahi gitaris
dari Indonesia bernama Bayu Daniels. Semuanya gara-gara tohmahan yang
dilemparkan kepada anaknya sebagai 'anak luar nikah'.
Dakwa tukang
karut itu lagi, Jue dan Bayu kononnya berkahwin secara rahsia di
seberang kerana mahu menutup ‘kewujudan’ anak luar nikah tersebut.
Waahh... jahatnya mulut!
"Saya agak
kecewa bila mereka kata anak saya anak haram, anak luar nikah. Sebab itu
saya senyap dahulu. Its okay, tak pelah orang nak cakap apa pun,
teruskan. Yang mengatakan benda bukan-bukan pasal anak saya, terpulang
pada mereka.
"Saya nak buat
satu video kenapa kami kahwin macam ini dan nak buktikan anak itu siapa
sebab orang ramai masih tak percaya, cuma sekarang tiada masa," ujar Jue
yang sebak sambil mengalirkan air mata mengenangkan nasib anak
angkatnya bernama Darwish yang sudah kematian ibu kandung itu.
Tambahnya, dia tidak pernah terburu-buru membuat keputusan berkahwin kerana menganggap bahawa Bayu merupakan jodohnya.
"Kalau saya
senyap takkan saya perkenalkan dia sebagai suami saya. Cuma saya tunggu
masa yang sesuai. Kami pun tak rancang untuk berkahwin sebenarnya di
sana, tapi keluarga suami suruh cepatkan. Jangka masa dia cuti pendek
dan saya pun ada penggambaran. Jadi balik sini baru kami kongsikan,"
jelasnya yang dipetik sebagai berkata melalui Melodi.
Sumber
Monday 9 June 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment