Umum memang sudah tahu mengenai khasiat yang terdapat pada buah
tembikai. Selain enak dimakan kerana rasanya yang manis, segar dan mudah
disediakan. Ia kaya dengan vitamin A dan C, tiada lemak dan tinggi
kandungan air serta serat.
Namun ramai yang sukakan tembikai akan membuang biji tembikai tanpa
menyedari bahawa biji tembikai kaya dengan khasiat yang baik untuk
kesihatan.
Antara manfaat biji tembikai kepada kesihatan tubuh adalah ia
mengandungi likopen yang bukan saja menambah seri wajah tetapi juga
mampu menambah kesuburan lelaki.
Ia juga sumber terbaik bagi kumpulan vitamin B yang penting dalam
mengekalkan kesihatan darah, sistem saraf dan berkesan dalam memelihara
sistem pertahanan badan.
Satu cara untuk mendapatkan kebaikan biji tembikai adalah dengan
merebusnya selama 45 minit di dalam periuk bertutup dan airnya boleh
diminum seperti teh. Selain dikatakan baik untuk membantu seseorang
sembuh dengan lebih cepat, ia juga dikatakan boleh menajamkan ingatan.
Selain itu, biji tembikai memiliki asid amino lengkap, membantu serapan
kalsium, pembentukan kolagen dan tisu sambungan serta meningkatkan
metabolisma, sistem kardiovaskular dan kesihatan seksual.
Ia juga penuh dengan magnesium yang penting untuk memastikan fungsi
sihat jantung, mengekalkan tekanan darah normal, menyokong proses
metabolisma dan sintesis protein.
sementara itu, kandungan minyak biji tembikai juga baik untuk penjagaan
kulit supaya ia sentiasa gebu dan lembut, bebas daripada masalah jerawat
dan masalah penyakit kulit yang lain serta mampu mengelak masalah
penuaan pramatang.
Apabila disapu pada rambut, minyak yang berasal daripada biji tembikai
membantu untuk menjadikan rambut sihat, subur dan berkilat.
Jadi selepas ini jika anda memakan buah tembikai, makan sekali biji tembikai!
SUMBER DARI : https://my.entertainment.yahoo.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment