Kuala Lumpur: Hubungan terlarang seorang wanita dengan abang iparnya
berakhir dengan tragis apabila dia mati dipercayai dibunuh lelaki itu di
sebuah hotel bajet di Kelana Jaya, dekat sini, semalam.
Mayat mangsa yang berusia 22 tahun ditemui dalam keadaan bogel dan
berselimut di atas tilam dengan kesan lebam di leher dipercayai akibat
dicekik.
Difahamkan, mayat mangsa ditemui ahli keluarganya di dalam bilik tingkat
satu hotel itu selepas mendapat panggilan telefon daripada suspek yang
memberitahu dia bertanggungjawab ke atas kematian mangsa.
Menurut ahli keluarga mangsa
yang enggan dikenali, dalam panggilan telefon itu suspek memberitahu
dia sudah berada di Perak dan akan membunuh diri dengan meminum racun.
Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya Supritendan Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam jam 4 petang semalam berhubung penemuan mayat mangsa.
Sumber
Wednesday 11 June 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment