Social Icons

Sunday 1 June 2014

Kenapa Kita Perlu Makan Buah Prun.

http://boozedandinfused.files.wordpress.com/2012/05/dsc07207.jpg
3 Kebaikan Buah PRUN

3 Kebaikan Buah Prun


Tips kesihatan pilihan  untuk dikongsikan dengan semua adalah tentang kebaikan buah Prun. Bercakap mengenai buah prun mesti ramai yang sukakan. Rasanya yang masam dan manis sememangnya menjadi pilihan ramai. Kita memang suka buah prun ni. Cuma tak pernah makan yang fresh aje. Yang istimewanya buah prun ni ia bukan hanya sedap tapimempunyai banyak kebaikan dari segi kesihatan. Antaranya:

Agen Diet Yang Berkesan


Buah prun sangat istimewa kerana ianya merupakan agen diet yang berkesan. Ianyamembantu menghadamkan makanan yang diambil dengan mudah. Kandungan serat yang tinggi didalam buah prun memberi kepuasan setelah makan serta mengelak daripada pertambahan berat badan. 

Kaya Dengan Vitamin C


Buah prun juga mengandungi vitamin C yang optimum untuk menyihatkan tubuh. Ianya merupakan sumber Vitamin C yang cukup baik dalam membantu tubuh badan menyerap zat besi. Mengambil prun membantu membina imuniti dan dan menghasilkan kolagen serta tisu baru, yang boleh melahirkan wajah yang berseri-seri.

Merawat Masalah Sembelit


Buah Prun yang kaya serat merupakan snek ringan yang paling mudah untuk merawat masalah sembelit kerana ianya dipercayai menjadi agen pelawas semulajadi sejak dulu lagi. Amalan mengambil beberapa biji prun setiap pagi, akan membuatkan tubuh kita menjadi ringan dan segar.

So pada sapa yang nak diet dan kelihatan ber seri-seri  macam kita (he..he), boleh amalkan prun selalu ya..

No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates