Social Icons

Tuesday 17 June 2014

KOS SERVIS DAN PENYELENGARAAN KERETA KERAJAAN MELAMAPU TINGGI.

Pengisian minyak, gantian cermin gelap dan penukaran tayar berulang dalam tempoh singkat, antara elemen dikesan Jabatan Audit Negara terhadap kenderaan diselenggarakan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) serta Pejabat Tanah Galian (PTG) Johor.

Penemuan itu antara pendedahan dibuat menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2, ketika menegur kos penyelenggaraan kenderaan di bawah SUK dan PTG Johor yang disifatkan sebagai tinggi.

Kos penyenggaraan itu dikesan melebihi antara 50 hingga 141 peratus bagi tempoh tiga tahun, berbanding kos asal perolehan menunjukkan perbelanjaan yang sudah tidak ekonomik bagi kenderaan berkenaan.

Audit juga mendapati kedua-dua pejabat terbabit lemah dalam pemantauan, pengurusan rekod tidak dikemaskini dan perbelanjaan penyenggaraan kenderaan yang berulang pada jarak masa yang singkat.

Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 mendedahkan, dalam tempoh antara tahun 2011 hingga 2013, SUK dan PTG membelanjakan RM3.82 juta bagi penyenggaraan kenderaan.

SUK membelanjakan RM2.78 juta bagi penyenggaraan 81 kenderaan pelbagai jenis, manakala PTG membelanjakan RM1.04 juta bagi penyenggaraan 23 kenderaan.

Servis ringkas
Penyenggaraan meliputi servis ringkas dan penting, membaiki atau menukar alat ganti mengikut kerosakan itu, meliputi kos antara 59 peratus hingga 141 peratus bagi PTG dan 39 peratus hingga 95 peratus bagi Pejabat SUK.

Audit terhadap sampel baucar bayaran untuk kenderaan mendapati RM122,804 atau 15 peratus daripada perbelanjaan membabitkan penyenggaraan pencegahan, manakala RM570,797 atau 70 peratus untuk pemulihan.

Selain itu, audit mendapati pejabat SUK (Pengurusan) membelanjakan RM118,686 bagi tujuan penukaran sport rim, tempat duduk kulit, mengecat kereta, menukar bampar, pembelian pemain cakera padat (CD) dan cakera padat video (VCD) dan aksesori lain.

Selain itu ada 35 kes kad inden minyak yang sama, digunakan bagi mengisi bahan api dalam tempoh yang singkat iaitu dalam jarak masa antara satu hingga 94 minit di bawah SUK, membabitkan jumlah perolehan RM8,937 dan tujuh kes antara 2 hingga 36 minit di PTG membabitkan nilai RM1,161.

Semakan audit mendapati pejabat SUK menukar cermin gelap berulang bagi empat kenderaan sama antara tahun 2011 hingga Jun 2013 bernilai RM14,240, selain kerap mengganti tayar bagi enam kenderaan bagi tempoh sama antara satu hingga 12 bulan berjumlah RM49,440.

Penukaran tayar

Bengkel panel swasta yang dilantik, dikatakan memaklumkan penukaran tayar bagi kenderaan perlu dibuat apabila jarak perjalanan mencapai odometer antara 30,000 km hingga 50,000 km.

Bagaimanapun, pihak audit tidak dapat menjalankan analisis kekerapan penggantian tayar berbanding jarak perjalanan, berikutan bacaan odometer kenderaan di buku log atau invois tidak dikemas kini.

No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates