Social Icons

Saturday 14 June 2014

Krew dokumentari jumpa wang RM27.2 juta

Wang tunai sejumlah 5 juta pound (RM 27.2 juta) ditemui seorang kru televisyen di sebuah pangsapuri di Silvertown, London, baru-baru ini. - AGENSI
LONDON 13 Jun - Seorang kru televisyen yang sedang merakam dokumentari tentang pegawai yang menyampaikan writ dan saman dikenali sebagai bailif terkejut apabila menemui wang tunai sejumlah 5 juta pound (RM 27.2 juta) yang disorokkan dalam sebuah kotak kayu dalam sebuah pangsapuri di Silvertown, timur London.

Menurut laman web, MailOnline, pangsapuri itu terletak di Wards Wharf yang merupakan lokasi mewah di Dockland, berhampiran Lapangan Terbang London City.
Kru televisyen itu dipercayai sedang merakamkan sebuah program bersiri untuk Channel 5 ketika mereka mengikut beberapa orang bailif menuju ke sebuah kawasan di mana mereka melaksanakan waran bagi mendapatkan semula wang dalam kejadian berasingan.
Polis kemudian dipanggil dan merampas wang tunai yang ditemui itu untuk disiasat.
Polis mengesahkan, duit tersebut tidak disyaki mempunyai hubungan dengan aktiviti keganasan.
Jurucakap polis Metropolitan berkata, pegawai polis di Newham mengambil wang tunai itu di sebuah pangsapuri selepas mereka dihubungi pada pukul 10.25 pagi, kelmarin selepas sejumlah besar wang tunai ditemui.
Polis berkata, seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan melabur wang haram, tetapi dia telah dibebaskan atas jaminan sehingga Ogos

No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates