Pemecatan Tan Sri Sabaruddin Chik sebagai Pengerusi Bank Rakyat
menimbulkan persoalan sama ada mempunyai kaitan dengan misteri
pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribu.
Persoalan itu timbul apabila wujud dakwaan pemecatan itu dibuat
ekoran kegagalan Sabaruddin meyakinkan ahli lembaga pengarah Bank Rakyat
untuk memberikan pinjaman mudah tanpa faedah RM40 juta dengan tempoh
bayaran 30 tahun kepada ahli perniagaan kontroversi, Deepak Jaikishnan.
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shahrin berkata
Deepak merupakan individu yang membuat pendedahan berhubung peranan
dimainkan dalam pembunuhan Altantuya dan hubungan rapatnya dengan isteri
Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
“Deepak cukup rapat dengan Rosmah sehinggakan wujud sebuah ‘novel
pendek’ bertajuk Ros Hitam yang dikatakan ditulis oleh Deepak
menceritakan detik pembunuhan Altantuya dengan mendedahkan sekali
dokumen (resit) pembelian barang kemas yang berkaitan watak Ros Hitam
(watak yang difahami umum merujuk kepada Rosmah).
“Pendedahan Deepak diketahui kerana janji laluan atau bantuan perniagaan kepadanya yang tidak ditunaikan.
“Ini jelas apabila serentak dengan itu dia membuat pendedahan
berkenaan rundingan tanah dan seumpamanya,” kata Badrul Hisham dalam
kenyataan medianya di sini, hari ini.
Badrul Hisham turut mempersoalkan adakah Deepak mendiamkan diri secara tiba-tiba disebabkan sudah mendapat habuan tertentu.
” Adakah ini sebahagian dari pakej tutup mulut terhadap apa yang berlaku?” Soal Badrul Hisham lagi.
Badrul turut menjelaskan rayuan dalam kes pembunuhan Altantuya ketika ini tergantung apabila suspek kes berkenaan gagal dikesan.
“Najib harus tampil menjelaskan sekali lagi perkara ini. Sampai bila
keselamatan negara termasuk wang rakyat menjadi taruhan terhadap misteri
pembunuhan yang tidak selesai.
“Persoalan yang lebih penting ialah dua suspek itu tidak punya motif
untuk membunuh Altantuya. Maka siapa arahkan pembunuhan itu berlaku
masih menjadi tanda tanya,” katanya lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment