Kemelut coklat cadbury bermula apabila tersebar foto 2 dokumen makmal
kementerian kesihatan yang mengesahkan 2 produk coklat cadbury iaitu
coklat kacang hazel batch pengeluaran 200813MO1HI2 bertarikh luput 13
Nov 2014 dan coklat kacang almond batch pengeluaran 221013N01RI1
bertarikh luput 15 Jan 2015 di katakan mengandungi lemak porcine iaitu
lemak babi.
Ianya kemudian disahkan oleh ketua pengarah kesihatan
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau turut mengesahkan 3 sampel telah
di uji KKM dan sampel ke 3 coklat cadbury tanpa kacang bebas dari
porcine.
Persoalan yang timbul ialah :
- Kalau betul
cadbury menggunakan lemak porcine dalam sebatian coklatnya sebagai
pengawet kenapa sampel ke 3 iaitu coklat tanpa kacang di kesan tiada
mengandungi porcine?. Adakah porcine tersebut datang dari kacang hazel
dan almond? Sudah tentu tidak, kerana porcine adalah salah satu sebatian
dalam coklat.
Disinilah dapat di lihat agenda tersirat di sebalik kemelut cadbury ini.
Mungkinkah
ada pihak2 tertentu mensabotaj coklat tersebut dengan mencemari sampel
tersebut sebelum menghantarnya ke makmal KKM. Atau mencemarinya di
peringkat proses pengeluaran semasa batch pengeluaran coklat tersebut di
hasilkan.
Untuk makluman Cadbury Malaysia adalah syarikat milik
Melayu di mana pemegang2 saham terbesarnya adalah Bousted Holding iaitu
syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Felda. Ianya juga di
uruskan oleh ramai pekerja2 melayu dari peringkat pentadbiran hinggalah
ke pengeluaran.
Isu ini berjaya menjadikan orang Melayu Islam
menyerang produk keluaran bangsa mereka sendiri. Persatuan Pengguna
Islam Malaysia PPIM dan Jaringan Melayu Malaysia telah terperangkap
dalam permainan ini. Kedua dua NGO ini yang sebelum in begitu lantang
mengajak kita memboikot produk kaum Cina kini menyerang syarikat milik
Bumiputra. Setelah berjaya melaga2kan Melayu di pentas politik kita fasa
seterusnya ialah melaga2kan kita di pentas ekonomi pula.
Dan
nampaknya seperti sebelum ini misi mereka berjaya. Kita terus bertelagah
sesama kita saling tunding menunding. Retak yang tiada siapa peduli
kini menanti masa bila2 sahaja akan terbelah.
Benarlah pesanan nenek moyang kita dahulu :
" Menang sorak kampung tergadai"
Thursday 5 June 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment