Social Icons

Wednesday 4 June 2014

Rahsia Umur Panjang

Pengambilan makanan tambahan bantu meningkatkan kesihatan yang baik

Membina keluarga bahagia memerlukan suasana persekitaran yang sihat dalam segala aspek termasuk kekuatan mental dan fizikal.

Kesempurnaan itu akan lebih bermanfaat sekiranya semua seisi keluarga mempunyai tahap kesihatan yang baik kerana ia antara punca kebahagiaan dalam menjalani kehidupan.


Banyak kaedah gaya hidup sihat yang boleh diamalkan termasuk dengan mengambil makanan tambahan. Selama ini kita hanya mendengar pil makanan tambahan mampu mencantikkan dan memberi kesihatan dalaman kepada kulit.

Bagaimana pula dengan cengkerang haiwan yang dikatakan turut berpotensi dijadikan makanan tambahan untuk memanjangkan hayat manusia.

Udang kara, udang, ketam dan siput antara haiwan yang dikatakan mampu memberi manusia bertambah usia sehingga lapan kepada 10 tahun apabila diamalkan setiap hari.

Makanan tambahan, glucosamine dikatakan, berpotensi membuatkan seekor tikus hidup 10 peratus daripada usianya. Ada pandangan daripada pakar pemakanan, pil makanan tambahan dengan nama glucosamine yang diperbuat daripada cengkerang bertindak memanjangkan hayat manusia dan haiwan.
Di United Kingdom (UK), jangka hayat manusia boleh mencapai sehingga 89 tahun. Bagaimanapun, dengan mengamalkan makanan tambahan ini memberi peluang kepada manusia untuk hidup lebih lama.

Kajian terhadap tikus

Penyelidik dan ahli biokimia Institut Teknologi Persekutuan Zurich Swiss, Dr Mchael Ristow, membuat perbandingan jangka umur antara dua tikus dalam kes kajiannya.

Satu tikus diberi makan glucosamine manakala seekor lagi tidak.
Hasil kajian mendapati ada kesan penuaaan kepada tikus yang tidak diberi makan makanan tambahan itu berbanding tikus yang diberi makan glucosamine.

Justeru, beliau percaya manfaat glucosamine yang dilihat mengandungi karbohidrat rendah dan diet protein tinggi kepada tubuh.

“Sebagai tindak balas badan kita akan mula membakar lebihan protein. Ia bertindak menurunkan badan dan menangani masalah tekanan darah tinggi dan diabetes,” katanya.

Hakikatnya, tubuh sebenarnya berfungsi untuk menghasilkan glucosamine tetapi jumlah penghasilannya berkurangan dan mula merosot selepas manusia berumur 45 tahun.

Kajian sama

Kajian pada tahun 2012 menerusi Pusat Penyelidikan Kanser Fred Hutchinson di Amerika Syarikat pula melihat makanan tambahan itu mampu melindungi beberapa punca kepada kematian biasa.

Selain itu, kajian berskala besar yang membabitkan lebih 77,000 orang sepanjang tempoh lapan tahun oleh Jurnal Eropah Epidemiologi mendapati mereka yang mengamalkan glucosamine untuk penyakit seperti sendi pula mempunyai risiko rendah untuk mendekati kematian.

Kira-kira 13 peratus risiko menghidap barah dapat dikurangkan jika mengamal makanan tambahan ini dan 41 peratus kematian akibat penyakit pernafasan boleh dicegah menerusi makanan ini.

Jangan terlalu ghairah

Walau bagaimanapun, Prof Epidemiologi Genetik dan Pakar Perunding Reumotologi King Collage London, Tim Spector, berkata terlalu awal untuk taksub kepada kaedah ini.

“Glucosamine adalah molekul menarik yang boleh memberi kesan kepada kita secara halus dalam pelbagai cara.

“Walaupun kesan sederhana mengenai penuaan terbukti, walau bagaimanapun manusia tidak sama seperti cacing atau tikus. Jadi kajian perlu dijalankan berulang kali dan berhati-hati. Jangan terlalu taksub,” katanya.

Selain itu setiap produk yang ada potensi mempunyai kesan sampingan. Glucosamine boleh bertindak dengan kuat terhadap pesakit yang menjalani rawatan darah.

Begitu juga mereka yang alah kepada kerang. Perlu berhati-hati walaupun ada yang hanya alah kepada kerang dan bukan cengkerang.

No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates