Fenomena negara ‘diserang’ rama-rama bersaiz besar yang kelihatan
dalam kumpulan besar bukan sahaja mengejutkan orang ramai malahan
mengundang pelbagai persoalan di laman media sosial.
Jika pada awal April, negara dilanda fenomena Bunga Sakura berkembang
mekar cantik seakan negara Korea dan Jepun, namun pada akhir Mei dan
awal Jun kehadiran Rama-Rama besar ini menarik perhatian ramai.
Pada perlawanan bola sepak antara Pahang dan JDT di Stadium Darul
Makmur pada Jumaat lepas kehadiran rama-rama dalam jumlah besar
menyaksikan perlawanan bola sepak itu seumpama di adakan di taman
rama-rama, walaupun ia tidak mengganggu kelancaran perlawanan bola
sepak.
Tidak
berakhir disitu malahan kehadiran rama-rama besar ini turut disaksikan
‘muncul’ semasa perlawanan bola sepak antara TRW dan Felda di Stadium
Shah Alam.
Turut dilaporkan media, rama-rama itu turut kelihatan dalam jumlah besar di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan.
Menurut komen pengguna keadaan itu turut dirasai berlaku di beberapa buah negeri di Malaysia.
Profesor Entomogi Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains
Malaysia Profesor Che Salmah Mat Rawi berkata serangga ‘misteri’ ini
dikenali dengan nama saintifiknya Lyssa Zampa Docile.
Beliau berkata pelbagai teori boleh dikaitkan dengan kemunculan
kupu-kupu termasuk faktor perubahan cuaca yang menyebabkan peningkatan
mendadak serangga itu di bandar ini.
“Lazimnya, serangga ini mendiami kawasan tanah tinggi tetapi ada
kemungkinan ia boleh didapati dengan banyak di kawasan penanaman atau
kawasan pembangunan terutama pada Mei hingga Ogos setiap tahun.
“Serangga
yang bersifat nokturnal ini sangat aktif pada waktu malam dan akan
mudah tertarik dengan cahaya lampu. Pada siang hari, ia akan berehat dan
mendiami kawasan teduh dan sejuk seperti di bumbung-bumbung rumah atau
di kaki pokok-pokok besar,” katanya dipetik Bernama.
Prof Che Salmah berkata faktor tarikan lampu, perubahan cuaca, banyak
sumber makanan serta tiada musuh yang mengancam keselamatan serangga
ini turut mempengaruhi kemunculannya.
“Walaupun kajian menyatakan serangga ini tidak beracun, namun ia boleh menyebabkan kegatalan pada kulit jika disentuh.
“Bulu pada kepak serangga ini juga boleh mengganggu penafasan dan amat sensitif terhadap penghidap penyakit lelah,” katanya.
Menurut sumber Wikipedia, Jangka hayat rama-rama ini tidak panjang
apabila dilaporkan hanya mampu untuk hidup untuk selama dua minggu
sahaja selepas bertukar daripada seekor ulat kepada rama-rama dewasa.
Untuk menjadi seekor rama-rama dewasa seperti ini ulat beluncas perlu
sentiasa makan sehingga enam minggu sebelum membentuk kepompong.
Menurut pakar yang mengkaji Rama-Rama itu, kehidupan haiwan itu lebih
terarah semata-mata untuk pembiakan spesisnya dan hidup liar di hutan
hujan tropika atau sub-tropika di kawasan Asia Tenggara, termasuk di
archipelago kepulauan Melayu nusantara.
Gambar: Harian Metro
Tuesday 3 June 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment