Social Icons

Tuesday 10 June 2014

Seludup kereta guna kontena ‘perabot’

Foto
Nazirah (kiri) bersama Rakob Srisupaat melihat kenderaan yang dicuri di Malaysia sebelum diseludup ke Thailand melalui Singapura, di Bangkok, semalam. - Foto BERNAMA

Kenderaan dicuri dipercayai dalam perjalanan ke negara ketiga

Bangkok: Jabatan Kastam Thailand merampas 30 buah kereta bernilai 21.6 juta Baht (RM2.125 juta) dengan 13 daripadanya disahkan dicuri di Malaysia, yang dibawa masuk ke negara ini menggunakan dokumen palsu.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Thailand, Rakob Srisupaat, berkata kenderaan yang dibawa dari Singapura itu dipercayai dalam perjalanan ke negara ketiga. 

perabot atau kereta baharu,” katanya dalam taklimat media di sini pada Ahad yang turut dihadiri oleh Duta Malaysia ke Thailand Datuk Nazirah Hussain. 


Seorang pegawai kastam memberitahu BERNAMA, Thailand akan menyerahkan 25 kereta curi kepada pihak berkuasa Malaysia pada hujung bulan ini.


Guna jalan laut

Kontena yang membawa kereta curi ini disitiharkan barangan perabtot.

Sementara itu, Nazirah yang dihubungi BH, berkata kebanyakan kenderaan curi dari Malaysia yang dirampas itu diseludup dari Singapura menggunakan jalan laut dan dibawa ke Bangkok sebelum disembunyikan di beberapa gudang.
Katanya, kebanyakan kenderaan curi itu adalah pacuan empat roda (4x4) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang diubah suai dari segi warna supaya kelihatan seperti baharu selain tidak mempunyai nombor pendaftaran.

Kenderaan terbabit katanya, disembunyikan di gudang berhampiran sempadan sebelum diseludup keluar ke negara ketiga antaranya ke Asia Barat serta Afrika melalui jalan laut dan Kemboja melalui jalan darat.

No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates