Social Icons

Saturday 14 June 2014

Sheikh Au Bakr al-Baghdadi Ketuai Serangan di Iraq

Lelaki misteri ketuai serangan di Iraq
Warga Iraq sebahagiannya berpakaian tentera menjulang senjata masing-masing ketika berkumpul di Jdaideh di wilayah Diyala semalam bagi menyokong usaha mempertahankan Iraq daripada serangan kumpulan Pergerakan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL).

Gambar kecil, Dua gambar Abu Bakr al-Baghdadi yang dikeluarkan Biro Keselamatan Diplomatik Jabatan Negara Amerika.

AS tawar RM32.08 juta tangkap Sheikh Au Bakr al-Baghdadi
MOSUL: Digelar “individu paling berbahaya dunia” oleh majalah TIME dan “bin Laden yang baru” oleh majalah Perancis Le Monde, Abu Bakr al-Baghdadi adalah pemimpin jihad paling berkuasa dunia ketika ini.

  Amerika Syarikat menawarkan ganjaran AS$10 juta (RM32.08 juta) untuk penangkapannya. Beliau dikeluarkan daripada Al-Qaeda namun berjaya menawan Mosul, hab minyak yang berada di persimpangan penting antara Iraq, Turki dan Syria.

Tidak banyak rekod individu misteri ini kecuali biografi beliau yang diterbitkan kumpulan jihad. Berlatarbelakangkan keluarga agama dan pendidikan tahap kedoktoran dalam pengajian Islam dan sejarah, beliau sebelum ini hanya seorang penceramah.

No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates