Social Icons

Sunday 7 February 2016

Teknik Candle Kill Candle (CKC)

1.0 PENGENALAN
Teknik CKC ini diaspirasikan oleh seorang trader termasyur iaitu Tok Dalik. Beliau merupakan pengasas kepada teknik ini melalui channel telegram agung beliau.

https://telegram.me/fibodanok

Walaubagaimanapun, terdapat sedikit olahan supaya trader-trader bilisan cam aku ni bole trade dan profit tanpa perlu membuat analisa-analisa heavy metal termasuk membaca berita-berita ekonomi dunia. SIMPLE but PROFITABLE!!


1. Kenalpasti TREND di DAILY
2. Tunggu SETUP di TFH1

Tu je……… set SL… set TP….. Kebarangkalian hit salah satu tetap ada. Yang penting Money
Management applied. InsyaAllah end of the week kita masih seorang peng’withdraw’ tegar.

2.0 MACAMANA NAK TRADE CKC
CKC merupakan gabungan indicator FIBONACCI RETRACEMENT (basic setting) bersama 3 batang candle yang merupakan setup utama dalam CKC. Tak semua setup adalah valid. Ianya bergantung kepada TREND SEMASA dan jenis candle yang terlibat. Untuk mengenalpasti trend sila masukkan indicator EMA50 di chart. Rujuk TF DAILY seperti berikut :



Setelah TREND semasa dikenalpasti, tunggu setup CKC di TF H1 selaras dengan TREND SEMASA (TS). Jika TS UPTREND cari peluang BUY sahaja. Jika TS DOWNTREND cari peluang SELL sahaja. Jika TS SIDEWAY tak payah TRADE………. HIKSSS!!!


Setup CKC ada dua sahaja iaitu :
SETUP A: Tarik FIBO dari CS 3 ke CS 2 sahaja. Memandangkan shadow CS 2 lebih rendah/ tinggi
dari CS1.
SETUP B: Tarik FIBO dari CS 3 ke CS 1. Memandangkan shadow CS 1 lebih rendah/ tinggi
dari CS2.

Sebelum masuk ke bab level of entry, SL dan TP. Nampak ka beza SETUP A dan B tu? Senang je kan? Cara tarik fibo tu yang membezakan. Kaji… kaji… kaji…. SETUP terbaik adalah apabila CS1 berbeza warna dengan CS2 dan CS3. Contoh CS1 bear, CS2 dan CS3 bull. Ilustrasi kat atas tu kalu korang assume CS Hijau BULL, CS Merah BEAR……… punohh sebab aku silap kaler. EKEKEEE.

Tapi, back tu basic………… CS1 mesti warna lain dari CS2 dan CS3.
Manakala, level-level untuk set ENTRY, SL dan TP adalah pada level-level berikut :



Contoh-contoh trading dengan CKC adalah seperti berikut :
Contoh SETUP A………. abaikan entry-entry yang kat atas tu sebab aku malas nak buka chart kosong masa buat file ni……… :-P

Yang ni plak……… contoh SETUP B. Baru sampai TP 2. Kalu dapat entry di level-level dalam ZON BUY tu leh HOLD la sampai TP 3 atau TP ULUNG nun…


Berikut pula adalah gabungan SETUP A dan B dalam satu trend.



3.0 SETTING TAMBAHANSetting tambahan ni sebagai panduan sahaja untuk memudahkan kita level-level ENTRY, SL dan TP. Klik FIBO RETRACEMENT Ikon > Fibo Levels dan follow setting seperti berikut :








Setelah level-level di atas dimasukkan. Hasilnya adalh seperti dibawah………. TADAAAAAAAAAAAA :



Nampak kan mana nak set SL, TP dan Entry? TP1 = level FIBO 100.0. Manakala, level price 1.4893 merupakan level FIBO 0.00. So, recall balik untuk tarik fibo UPTREND CKC SETUP A adalah dari level fibo 100.0 a.k.a TP1 (CS3) ke level fibo 0.00 a.k.a price 1.4893.

4.0 KESIMPULAN
Ada 1001 cara tarik fibo dalam dunia forex. Bak kata grandsifu Lukpayat……….. “Kalau 10 orang ditempatkan dalam satu bilik dan diarahkan untuk tarik FIBO pasti akan ada 10 cara berbeza….”
Kesimpulan dari Teknik CKC ini:


1. Trading style yang SIMPLE
2. Kenalpasti TREND di DAILY
3. Cari dan tunggu SETUP di TF H1
4. Gunalah Money Management dalam setiap entry. Cadangan MM boleh rujuk sini.

PESANAN RINGKAS SEBELUM MENGUNDUR DIRI 
Sekiranya nota yang tak seberapa Ini bermanfaat gunalah ilmu ini dengan sebaiknya dengan terus backtesting dan kenalpasti zon-zon terbaik untuk tarik SETUP CKC ini. Sebarkanlah kepada kenalan-kenalan yang masih tercari-cari trading style yang profitable.
Sekiranya nota ini membazirkan masa anda…….SAYA MOHON SEJUTA KEAMPUNAN .


SEKIAN. SEMOGA BERMANFAAT.

10 comments:

  1. pengalaman yang yang kita dapatkan dalam trading ini harus mempu digunakan untuk membantu meningkatkan performa trading kita dengan benar dan juga maksimal sehingga dari perjalanan waktu yang dilakoninya akan mendapat kemajuan yang terukur, manfaatkan analisa menguntungkan dari halaman berita keuangan di octafx yang membuat perdagangan lebih mudah dari sebelumnya, sehingga semua trader akan memiliki keyakinan dan pengalaman sukses penuh dalam perdagangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak tkasih sudi kongsikan teknik yg sgt besar manfaatnya, semoga anda sentiasa beroleh kejayaan provit di atas keikhlasan kongsi ilmu. Aamiin

      Delete
  2. sangat membantu ..set up yng mudah untuk di practice .

    ReplyDelete
  3. tuan..sy dh backtest..apa yg sy simpulkan..kalau risk reward btol..mm jaga..mmg sgt2 profitable..dlam 6 bulan boleh grow dr 100usd jd 1000000usd jika kena cara

    ReplyDelete
  4. tuan..sy dh backtest..apa yg sy simpulkan..kalau risk reward btol..mm jaga..mmg sgt2 profitable..dlam 6 bulan boleh grow dr 100usd jd 1000000usd jika kena cara

    ReplyDelete
  5. untuk memperingati Idul Fitri 1438 H, POKERAYAM memberikan anda kesempatan
    untuk merayakan dengan kami dengan tujuan merayakan dihari kemenangan
    Jangan lewatkan deposit 50 ribu mendapatkan extra credit 50
    berlaku Hanya berlaku 100 user id saja di tanggal 26-27 Juni 2017
    dan jangan lewatkan kesempatan berharga ini dengan kami
    Blogspot : pokerayampromolebaran.blogspot.com
    Live Chat : https://goo.gl/5tD6ZL
    Bisa juga hubungi , info :
    BBM : D8E5205A

    ReplyDelete
  6. Dengan dimana fasilitas yang telah di berikan terbaik, bonus yang ada juga menarik, serta dengan adanya juga pelatihan online nya, ane bangga dan puas deh dimana telah gabung nya bersama ACY ini, ACY memang is the best broker, dan semoga dimana dapat di pertahankan dan juga di kembangkan lagi agar dimana ane dapat lebih lama lagi untuk merasakan nya trading aman, nyaman

    ReplyDelete
  7. Insyallah..sy cuba backtest dulu..pe2 pun terima kasih..

    ReplyDelete

 
Blogger Templates