Social Icons

Wednesday 4 June 2014

5 Kelebihan Memakai Bengkung Ketika Berpantang:



1. Mengelakkan perut masuk angin
Semasa tempoh mengandung selama 9 bulan, wanita akan mengalami pertambahan berat badan yang mendadak.

Selain itu, wanita juga mengalami masalah angin di dalam perut yang boleh menyebabkan ibu mengalami sakit-sakit badan dan sendi.

Melalui ikatan bengkung yang kemas dan sempurna, ia membantu pengaliran angin panas dan kotor keluar dari badan ibu yang berpantang dengan sempurna.

2. Membantu mengempiskan perut dan lemak yang berada di bahagian paha dan punggung
Bagi wanita yang mempunyai masalah perut buncit dan menggeleber, pemakaian bengkung yang konsisten akan membantu mengempiskan bahagian badan yang bermasalah.

Selain itu, ia juga membantu mengembalikan bentuk badan dengan cepat serta mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu yang menyusukan bayi mereka.

3. Menegangkan kulit yang menggeleber dan menguatkan otot-otot yang tegang selepas bersalin
Masalah otot-otot yang tegang selepas bersalin sememangnya perkara biasa bagi wanita selepas bersalin.

Keadaan ini menyebabkan tisu perantara yang sebelum ini menyambung otot-otot perut yang terpisah akan tertarik ke bahagian tepi abdomen anda.

Akibatnya, tisu perantara tersebut yang akan menyokong organ dalam badan dan bukannya otot perut. Pemakaian bengkung akan membantu menguatkan kembali otot-otot yang tegang an kelihatan menggeleber.

4. Menguatkan tulang belakang dan menghasilkan postur tubuh yang baik
Pemakaian bengkung baik untuk menyokong tulang belakang terutamanya kepada sesiapa yang mengalami masalah sakit belakang.

Selain itu, bengkung menyokong dan menguatkan otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.

5. Menghalang peranakan daripada 'turun'
Peranakan atau rahim iaitu tempat janin membesar terletak di dalam pelvis dan disokong oleh otot , jaringan dan ligamen.

Proses melahirkan anak boleh menyebabkan otot dan ligamen yang menyokong rahim menjadi lemah dan menyebabkan ia jatuh dan kadangkala terkeluar dari saluran jatuh.

Dengan pemakaian bengkung, ia mampu menguatkan kembali otot di bahagian rahim bagi mengelakkan masalah peranakan turun.


 

No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates